Isnin, 1 November 2010

Tempat di mana sering berlaku

-Kejadian kerap berlaku di tepi jalan dan di lorong sunyi
-Biasanya peragut berjalan kaki dan bermotosikal
-Penyeluk saku sering bertindak di tempat yang sibuk.

Bagaimana boleh berlaku

-Menyimpan wang atau dompet di saku yang terbuka.
-Memakai barang kemas dengan ketara dan mendedahkan untuk tontonan.
-Berebut-rebut menaiki kenderaan awam atau berada di tempat sesak.
-Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut.
-Meletakkan beg tangan di tempat duduk semasa memandu kereta (passenger seat)
-Sibuk menjawab panggilan telefon /sms sehingga lupa keadaan sekitar.

Cara Pencegahan

-Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah. Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.
-Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut bermotosikal.
-Bagi lelaki, dompet elok disimpan di dalam kocek berbutang.
-Jangan biarkan beg tangan diletak ditempat yang mudah dicapai oleh orang lain ketika membeli-belah atau ketika memandu (Passenger Seat).
-Pastikan anda mengepit/membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk/sesak.
-Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tampat awam.
-Elakkan dari berjalan di tempat yang sibuk dan berebut-rebut.
-Jangan mudah lalai oleh kekecohan yang dilakukan oleh orang yang tidak kenali dan tawaran untuk menolong membersihkan baju anda.
-Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.
-Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan sebagainya.
-Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak oleh orang lain.
-Sentiasa berwaspada dengan persekitaran semasa menunggu di perhentian bas dan menjawab telefon/sms.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan