Isnin, 31 Mei 2010

Date: 16.5.2010
Venue:Home Sweet Home


SELAMAT HARI GURU 2010

Pada 16 Mei setiap tahun kita menyambut hari guru. Mengenang segala jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik dan mencurahkan ilmu demi menjadikan kita semua seorang insan yang berilmu,berguna kepada agama,bangsa dan negara tercinta. Begitu besar pengorbanan dan jasa para guru sehingga dinobatkan sebagai salah satu sambutan yang terbesar di Malaysia.Alhamdulillah.

Setiap daripada kita mempunyai guru tidak kira siapa anda sekarang ini. Samaada anda seorang perdana menteri,akauntan,peguam,doktor,peniaga atau penganggur. Bagi diriku aku amat berterima kasih kepada semua guru-guruku sejak dari sekolah rendah hinggalah ke Universiti.

Sejak dari sekolah rendah hinggalah Universiti,aku adalah seorang pelajar yang disayangi dan disenangi oleh para guru. Buktinya aku dilantik menjadi pengawas dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, tidak pernah lupa menyiapkan kerja sekolah dan selalu dilantik memegang pelbagai jawatan dalam kelab dan persatuan sekolah.

Jika diamati, cara didikan guru kini dan dulu telah banyak berubah,ibarat langit dan bumi. Guru dulu seorang yang garang dan bengis berbanding guru sekarang yang lebih lemah lembut dan tidak garang (Maybe takut dikenakan tindakan sekiranya terlalu garang). Aku masih ingat sewaktu aku di darjah 6, guru matapelajaran bahasa inggeris dan matematik aku amat garang. Seringkali rakan-rakan sekelasku dipukul,dicubit,dirotan dan ditampar dek kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. Alhamdulillah aku terlepas daripada semua itu kerana aku seorang yang rajin.(hehehe). Setiap awal pagi kedatanganku disekolah disambut dengan gembira oleh ramai teman kerana mereka menunggu buku latihanku untuk ditiru.


Walaubagaimanapun dek kerana takutkan guru-guru yang garang,aku menjadi seorang yang berjaya sekarang. Aku bersyukur sangat-sangat...Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah.. Berkat jasa guru jugalah aku berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam semua peperiksaanku bermula dari UPSR (5A), SRP (15 Agregat),SPM (19 Agregat-Aliran Sains Tulen) dan Diploma In Banking Studies-Uitm (4 kali Anugerah Dekan(4 semester daripada 6 semester).
JASAMU GURU-GURUKU AKAN KU KENANG SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN.AKU DOAKAN KALIAN SEMUA BEROLEH KEBAHAGIAAN DAN KERAHMATAN DARI ALLAH.AMIN.

Rabu, 19 Mei 2010


AZAM BARU


Salam kepada pembaca semua, semalam hinggalah ke pagi aku sukar sangat nak lelapkan mata, last-last aku capai laptop lalu aku bukak dan 'update' kelima-lima blog kesayanganku, 4 daripadanya adalah blog perniagaan (puterimanja.blogspot, butikdieha.blogspot,katalogonlinedieha.blogspot dan baranganterpakaidieha.blogspot) dan 1 blog bercorak informasi (selautanilmu.blogspot).


Semakin aku kerap bukak blog aku,makin banyak pula perubahan dan peningkatan yang aku rasakan nak buat. Kebanyakan ilmu berkaitan pembinaan dan pengurusan blog ni aku gali dan pelajari based on blog-blog yang aku kunjungi. Alhamdulillah , i'm a fast learner.


Aku berazam dan menanam tekad bermula dari hari ni untuk menjadi seorang penulis blog peribadi yang rajin untukku jadikan hadiah buat tatapan anak-anakku di masa hadapan. Semoga dapat dijadikan panduan dan pedoman hidup mereka .Amin.


CORETANKU



Seawal jam 7 pagi aku dah pun 'on ' tv.Rancangan Tanyalah Ustaz menjadi kegemaranku sepanjang tempoh berpantang ni memandangkan jika sebelum ni, waktu tu aku sibuk bersiap-siap untuk ke ofis sementara anak-anakku pula sibuk bersiap untuk ke sekolah.


Bilaku ingat kembali tajuk pagi tadi iaitu 'Muhasabah Diri', maka aku termenung seketika. Aku merenung dan menyemak kelemahan diriku satu persatu. Ya, aku ni seorang yang kurang sabar.


Karenah anak-anakku yang seramai 3 orang (Tidak termasuk baby baru) kerapkali menguji kesabaranku sebagai seorang ibu yang bergelar 'Umi'. Berulangkali aku cuba menjadi seorang yang sabar dalam menangani karenah mereka tapi kerapkali juga aku tewas.


Walaubagaimana susah sekalipun aku akan berusaha sedaya upaya untuk memupuk dan menanam benih-benih sabar dalam diriku agar aku berjaya menjadi seorang umi yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi bermula dari hari ini dan hari-hari mendatang. InsyaAllah..Moga aku berjaya...

Selasa, 11 Mei 2010

BERKENALAN DENGAN MINDSET GAGAL

Ada orang gagal dalam mempertahankan perkahwinan, bercerai pastu bahagia semula.

Ada orang yang lain, gagal dalam mempertahankan perkahwinan, bercerai pastu langsung tak bahagia.

Makin merana, makin sengsara.

Apa yang membezakan kedua-dua mereka?
Mindset.

Orang yang pertama, Anda boleh teka mindsetnya apa.
Dia mahu bahagia, tak kiralah dengan siapa. Sebab tu dia kawin balik walaupun dah bercerai.

Orang yang kedua, dah tentu kita kata mindsetnya tak mahu bahagia.
Dia masih tak boleh lupakan pasangan hidupnya yang lama.

Pastu mungkin dia asyik ingat kesengsaraan di masa lalu.
Tiap kali mengingat kenangan masa lalu, emosinya jadi merundum, murung pastu bertukar menjadi stress.

Ini hanya salah satu contoh kegagalan – iaitu gagal dalam mempertahankan perkahwinan.
Ilmu masih kurang, emosi rapuh kemudian niat nak bahagia tu tak ada.

Kegagalan hanyalah situasi yang bukan situasi positif.
Anda kena tinggalkan situasi tu, keluar mencari situasi lain yang positif.
Samalah macam kegagalan.

Tinggalkan situasi lama yang gagal, usaha yang gagal.

Keluar mulakan usaha baru, cipta situasi baru, moga dengan itu ia dapat membuahkan kejayaan baru.

Andai kata gagal lagi, usaha lagi.

Jangan berhenti sehingga kejayaan benar-benar dapat dicapai.

Lebih banyak Anda berusaha, lebih besar kemungkinan kejayaan muncul dalam hidup Anda.

AYUH JADI LUARBIASA


Apa khabar Anda?

Selagi masih bujang, masih muda, selagi tu masih kuat bekerja mencapai matlamat saya.
Saya ada matlamat yang nak dikejar, dah ditulis dan dibaca setiap hari.
Apa matlamat Anda?
Sama-samalah kita bekerja keras mengejar matlamat kita.
Hidup mesti ada sasaran, ada strategi dan dikuasakan sikap positif, barulah kita boleh bahagia, boleh berjaya.

Saya tak mahu jadi motivator Anda, saya mahu jadi kawan Anda. Sebagai kawan, saya mahu melihat Anda berjaya.

Kejayaan Anda merupakan kegembiraan terbesar buat diri saya. Lagipun, saya bukannya siapa-siapa, cuma orang biasa.

Saya mahu melihat Anda jadi orang luar biasa sebab dalam masa yang sama, saya juga akan terdorong jadi luar biasa. Macam Anda.

Kita sama-sama jadi luar biasa.
Tak ramai bertuah dapat berkawan ngan ribuan orang dalam masa yang sama.

Melalui blog ni, saya dapat berkawan dengan ramai orang sekaligus.

Saya cari,kumpul dan taip mana-mana artikel yang saya fikir boleh memberi manfaat kepada diri saya dan anda semua untuk dipaparkan diblog saya ni, dengan niat supaya pembaca lain dapat manfaat darinya. Bagi saya, itu semua pentanda saya ada tujuan hidup.

Sehingga ke hari ini saya masih banyak membaca buku motivasi dan memang menyukainya.

Sebab apa?

Sebab pertama, saya mahu majukan diri sendiri dalam kerjaya, kewangan, ibadah dan kekeluargaan.

Sebab kedua, saya mahu memajukan Anda, orang lain dan kawan-kawan saya.
Ilmu yang saya ada, saya kongsikan sebanyak mungkin.
Dengan mengongsikan ilmu, saya akan dapat mempelajari lebih banyak ilmu.
Buat masa ni saya mendalami ilmu kemanusiaan, psikologi dan ilmu minda.
Saya percaya apabila kita lebih pentingkan kemajuan orang lain dari kemajuan diri sendiri, dalam masa yang sama kita pun akan maju semaju-majunya.

Rezeki jadi murah, hidup jadi bahagia.

Bagi saya, saya buat semua kerja ‘free’ ni bukan sebab nakkan duit, sebab saya jadikannya sau bentuk ibadah.
Tiap kali melakukannya, rasa puas yang amat sangat.
Dari kepuasan tu, saya makin bersemangat membuat kerja-kerja ‘free’ di ketika yang lain.

Saya mahu berjaya, sebab tu sekarang ni saya tinggalkan nota-nota motivasi kat sini supaya Anda mendapat semangat yang saya ada – semangat nak berjaya.

Anda mungkin seorang pelajar universiti, seorang CEO, eksekutif, peguam, usahawan internet, blogger, suri rumah, kerani, pegawai tinggi, atau pelajar sekolah saja.

Walau siapapun Anda, saya percaya kita sama – nak berjaya dalam hidup, nak berjaya dalam apa yang kita usahakan. Tugas saya adalah untuk memberi semangat pada Anda, tugas Anda pula adalah untuk memberi semangat pada saya. Kunjungan Anda ke sini dah cukup untuk membuat saya bersemangat sentiasa.

Tulus dari hati, saya mengucapkan terima kasih yang amat sangat kerana Anda selalu berkunjung ke Selautanilmu.blogspot.com.
Moga hidup Anda dibahagiakan, rezeki Anda dimurahkan. Amin…

TIPS KEJAYAAN

TIPS KEJAYAAN

Kebanyakan daripada kita yang mahu berjaya banyak menumpu pada hasil, bukan proses. Sebenarnya, proseslah yang akan membawa kita kepada hasil. Orang putih kata ‘result’.
Misalnya, mindset kejayaan ramai orang dewasa adalah nak jadi jutawan. Ramai orang nak jadi jutawan berjaya.

Ramai jugak yang kecundang sebab mereka lebih banyak menumpu kepada hasil sahaja (mahu mencapai tahap jutawan) tapi tidak menumpu pada proses menuju tahap jutawan. Bila hasil yang menjadi tak seperti yang diinginkan, mulalah jadi tak bersemangat. Masalah dalam proses ni pulak, orang kita kurang ada fokus.

Kajian psikologi mengatakan bahawa orang yang ada fokus kemudian dia memfokus pada proses, pada usaha, pada langkah-langkah tindakan menuju kepada satu matlamat, akhirnya dia akan dapat juga apa yang dia mahu (hasil).

Syaratnya, dia tidak boleh berganjak dari matlamat asal, dia tidak boleh menjadi orang yang merubah-ubah matlamat.

Adakah kita ni orang yang asyik mengubah-ubah matlamat simply sebab matlamat dulu tak tercapai?

Dalam perjalanan kita menuju kejayaan hidup – mana satu yang kita banyak tumpukan, pada proses (berusaha menuju kejayaan mencapai matlamat) atau hanya pada hasil (kejayaan sahaja, usahanya entah cemana).

Kaji fokus kita selama ni kat mana – pada hasil atau pada proses?

JANGAN TERLALU YAKIN

Akibat Terlalu Yakin

Terlalu yakin kadang-kadang menjadikan tindakan kita kurang sempurna, jelek rupanya. Terlalu yakin tidak akan kecundang, selalunya Anda akan jadi kecundang. Konpiden sangat boleh lulus test dengan sempurna, last-last jadi gagal pula.

Begitulah kalu dah over-confidence. Kata melayu, terlalu yakin sampai tak terjangka akan membuat kesilapan. Terlalu yakin hingga tak sedar yang kita merancang, Allah taala yang menentukan.

Contoh lain dalam sukan badminton, jika Anda terlalu yakin boleh smash lawan Anda hingga jatuh terjelupuk, kadang-kadang bulu tangkis terkeluar dari gelanggang membuatkan smash Anda tak menjadi, tak mendatangkan point.Terlalu yakin pandai selalunya berakhir dengan kejahilan. Terlalu yakin membuat Anda merendah-rendahkan keupayaan orang lain yang cool aje, relaks semacam. Yakin diri amat perlu. Rasa konpiden mesti Anda, supaya kita boleh buat sesuatu dengan cemerlang, bagussss sekali. Namun, apa jadi jika Anda terlalu yakin? Anda tak akan sanggup menerima kesilapan. Anda menyalahkan situasi, perkara, benda dan orang lain untuk menutup kesilapan Anda. Anda akan membuat alasan-alasan tertentu untuk 'cover malu'.

Terlalu yakin boleh cemerlang dalam pencapaian kerja, akhirnya membuat kita tak cemerlang pula. Sebab? Rasa terlalu yakin membuat kita anggap kesilapan sebagai satu perkara yang betul. Bila dicheck, silap lebih banyak dari yang betul. Maka, performance dalam kerja menurun, bahkan semakin menurun.

Mulai hari ini, jangan asyik terlalu yakin. Bersedialah juga untuk mendepani yang terburuk, ketika bersedia untuk mendepani yang terbaik.