Isnin, 31 Mei 2010

Date: 16.5.2010
Venue:Home Sweet Home


SELAMAT HARI GURU 2010

Pada 16 Mei setiap tahun kita menyambut hari guru. Mengenang segala jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik dan mencurahkan ilmu demi menjadikan kita semua seorang insan yang berilmu,berguna kepada agama,bangsa dan negara tercinta. Begitu besar pengorbanan dan jasa para guru sehingga dinobatkan sebagai salah satu sambutan yang terbesar di Malaysia.Alhamdulillah.

Setiap daripada kita mempunyai guru tidak kira siapa anda sekarang ini. Samaada anda seorang perdana menteri,akauntan,peguam,doktor,peniaga atau penganggur. Bagi diriku aku amat berterima kasih kepada semua guru-guruku sejak dari sekolah rendah hinggalah ke Universiti.

Sejak dari sekolah rendah hinggalah Universiti,aku adalah seorang pelajar yang disayangi dan disenangi oleh para guru. Buktinya aku dilantik menjadi pengawas dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, tidak pernah lupa menyiapkan kerja sekolah dan selalu dilantik memegang pelbagai jawatan dalam kelab dan persatuan sekolah.

Jika diamati, cara didikan guru kini dan dulu telah banyak berubah,ibarat langit dan bumi. Guru dulu seorang yang garang dan bengis berbanding guru sekarang yang lebih lemah lembut dan tidak garang (Maybe takut dikenakan tindakan sekiranya terlalu garang). Aku masih ingat sewaktu aku di darjah 6, guru matapelajaran bahasa inggeris dan matematik aku amat garang. Seringkali rakan-rakan sekelasku dipukul,dicubit,dirotan dan ditampar dek kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. Alhamdulillah aku terlepas daripada semua itu kerana aku seorang yang rajin.(hehehe). Setiap awal pagi kedatanganku disekolah disambut dengan gembira oleh ramai teman kerana mereka menunggu buku latihanku untuk ditiru.


Walaubagaimanapun dek kerana takutkan guru-guru yang garang,aku menjadi seorang yang berjaya sekarang. Aku bersyukur sangat-sangat...Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah.. Berkat jasa guru jugalah aku berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam semua peperiksaanku bermula dari UPSR (5A), SRP (15 Agregat),SPM (19 Agregat-Aliran Sains Tulen) dan Diploma In Banking Studies-Uitm (4 kali Anugerah Dekan(4 semester daripada 6 semester).
JASAMU GURU-GURUKU AKAN KU KENANG SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN.AKU DOAKAN KALIAN SEMUA BEROLEH KEBAHAGIAAN DAN KERAHMATAN DARI ALLAH.AMIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan