Khamis, 28 April 2011

MIMPI DIKEJAR ULAR





Dah lama aku tak menulis kat blog aku ni. Maklumlah...sibuk dengan business dan juga keja ofis yang melambak-lambak. Tetiba hari ni rajin pulak nak menulis, hehehe...

Pagi tadi terlambat bangun tido..pastu lambat sampai ofis (nasib baik punch card x merah,lagi 3 minit nak pukul 8). Puncanya ialah subuh tadi aku bermimpi lagi mimpi yang sama...Mimpi pasal ular !

Kalau dalam tahun 2010, mimpi ular ni muncul kalau x silap dalam 5 atau 6 kali..macam2 versi mimpi ular, tapi mimpi ular yang paling menakutkan ialah aku dipatuk ular anaconda..huh! waktu terjaga tu pun masih terasa patukannya. Kalau anak dara yang mimpi dipatuk ular orang tua-tua kata akan dipinang orang. Tapi kalau aku ni yang dah berkahwin dan ada 4 orang anak apa pulak ya? pelik2..

Masuk tahun 2011, ingatkan mimpi ular ni dah x muncul, tapi for the first time mimpi tu muncul subuh tadi..entah apa la alamatnya...mimpi tu kan mainan tidur.. Subuh tadi aku mimpi ternampak seekor ular sawa yang sangat besar kat luar tingkap rumahku sedang cuba sedaya upaya nak masuk..aku cepat-cepat berlari ke tingkat atas untuk menutup tingkap tu..tapi nampaknya x sempat..ular tu dah masuk melalui tingkap,menyorok di sebalik mainan anakku dan cuba untuk mengejarku..aku terus berlari ke bawah tapi ular tu asyik follow je...aduh!!! penat sungguh lari naik turun tangga...tup2 terjaga kul 6.10 pg tadi..rasa mengah sangat2 walaupun aku hanya bermimpi naik turun tangga tapi rasa cam real sgt2.

Itulah serba sikit mengenai mimpi aku..sekian.

Rabu, 6 April 2011


PERCUTIAN : BALIK KG (KELATE)
TARIKH : 1.4.2011 (Jumaat) - 3.4.2011 (Ahad)


Konvoi balik kelantan sempena Karnival Volkswagon 2011


Tumpang bergambar dengan kereta yang menarik perhatianku. (Cantik woo..kat dlm tu, full leather)


Adik aku pun tumpang sekaki gak...huhuhu

 

Bergambar beramai-ramai dengan family (Mak, adik, kakak, aku dan anak saudaraku).

Berhenti kejap tengok Karnival Volkswagon di Stadium Kota Bharu sebelum pi shopping kat bandar.


Adikku dengan keta kesayangannya yang dipertandingkan.

 


Mak dan anak saudaraku melaram ngan keta merah.



Mak dan kakak. Sama cantik (Come Sokmo)

 

View Pasar Siti Khadijah


Menu-menu yang dijual di atas Pasar Siti Khadijah. Hajat di hati nak makan udang galah, tapi xde musim...so makan ketam je la...





Adik dan Mak sedang menjamu selera.

Menu utama : Ketam masak sambal + Percik Perut + Gulai itik + Ayam Goreng. (Sedap Giler !!)



Kakak dan anak saudaraku sedang menjamu selera. Berselera sungguh..