Khamis, 22 Disember 2011

Panduan Urus Niaga di Internet

Tidak perlu memandu, tidak perlu bersusah-payah mencari tempat letak kereta dan tidak perlu beratur untuk membayar. Sekarang semuanya di hujung jari kita. Dari perbankan hinggalah ke urusan membeli belah. Namun jangan sesekali kita alpa terhadap bahaya yang menunggu kerana silap langkah, buruk padahnya.

Berikut disenaraikan beberapa panduan urus niaga di Internet.

1) Sentiasa berwaspada

Sentiasa mencatat di mana butiran anda pernah anda beri di Internet. Sekiranya maklumat tersebut tidak lagi diperlukan, padamkan sahaja. Jangan sesekali memberikan maklumat diri dan menekan remember my details pada apa jua laman web yang dikunjungi. Aktifkan tetapan privasi pada setiap laman web sosial yang dilawati.

2) Pilih kata laluan yang kukuh

Jangan gunakan tarikh lahir, nama ahli keluarga atau apa-apa yang berkaitan dengan diri sendiri sebagai password . Sebaiknya gunakan kata laluan dengan gabungan nombor dan huruf demi keselamatan. Jangan sesekali autosave kata laluan di Internet. Sebaiknya tukar ia setiap bulan. Pastikan juga anda tidak mencatatkan maklumat kata laluan anda dalam kertas yang berhampiran dengan komputer anda kerana ia boleh disalahgunakan pada bila-bila masa oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

3) Awasi emel yang tidak sahih

Sekiranya anda menerima e-mel yang tidak pasti kesahihannya daripada laman web yang mencurigakan, jangan sesekali klik, apatah lagi sekiranya email tersebut meminta maklumat diri seperti nama, kata laluan dan maklumat kewangan. Ini adalah kerana kemungkinan ada sindiket dan dalang yang ingin mengeksploitasi maklumat diri anda untuk kepentingan mereka. Buka browser baru dan taip alamat URL syarikat yang anda ingin berurus niaga sebelum memberikan maklumat anda.

4) Cari laman web yang dipercayai

Pastikan anda memilih laman web

Awas!!Taktik Terkini Perogol

Taktik Terkini Perogol

Cara baru memperdayakan perempuan untuk dirogol.
Dari sumber yang boleh dipercayai (paper) 6 orang dirogol setiap hari di Malaysia kini.

Ceritanya bermula dari seorang kawan yang balik agak lewat malam dari pejabat. Dia terserempak dengan seorang kanak-kanak yang sedang menagis ditepi jalan. Kerana kesian, dia tanya budak itu kenapa menangis? Dia jawab dia sesat dan tak tahu jalan pulang ke rumah dan mintanya hantar ke rumah kerana takut.

Budak itu kemudiannya menunjukkan sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan itu tanpa mengesyaki apa-apa terus membawa budak itu ke alamat berkenaan.

Setibanya dirumah, dia pun menekan loceng pintu. Sejurus kemudia dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan wayar dengan berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit dengan keadaan terlanjang. Kondom ada di merata-rata dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tidak mengenali penyerangnya.

Begitulah kejadian jenayah akhir-akhir ini menyasarkan mangsanya. Ianya cukup kejam dan menakutkan.

Jika anda terserempak dengan kejadian berkenaan, jangan sesekali anda mengikuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar je ke balai polis yang berdekatan
Berhati hatilah...

PETUA HALAU LALAT

Lalat merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Lalat makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya.

Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya.

Lalat adalah salah satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah dijumpai.

Namun begitu jenis lalat buah dan bunga tidak di kategorikan sebagai pembawa penyakit.

Walaupun semua lalat suka menghinggapi tempat yang kotor, tong sampah dsbnya, lalat askar hitam umpamanya hanya terbang dipersekitaran kompos untuk tujuan mengawan dan bertelur.


Read more: http://www.oldtraffords.com/2010/11/cara-halau-lalat.html#ixzz1hEOE5soe

Berikut ada beberapa petua untuk menghalau lalat, InsyaAllah menjadi.

1) Guna kertas perangkap lalat. Harga dalam lingkungan 20 sen je.
2) Taburkan daun kari dalam rumah.
3) Bakar duit syiling dengan lighter, letakkan di tempat yang ada lalat.
4) Gantungkan plastik berisi air paip
5) Rendam beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk. Biarkan aromanya memenuhi ruangan.
6) Nyalakan lilin dan letak berhampiran lalat.
7) Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibas-kibaskan pada lalat-lalat tu. Sure lari punya.
8) Letakkan beberapa potong kulit kayu manis di atas meja. Moga aromanya dapat membuatkan lalat-lalat tu pening.
9) Ambil secekak daun kari, kibas-kibaskan pada lalat dan kemudian rendamkan daun tersebut dalam gelas dan letakkan atas meja yang dikerumuni lalat tu.
10) Ambil sedikit cecair peluntur (clorox), titiskan pada kain buruk. Kemudian lapkan meja, kabinet dan perabot yang sering dihinggapi lalat.
11) Ambil cili besar, Belah dua dan letakkan atas meja.

Had Keuntungan Perniagaan Dalam Islam


Makcik karipap: Ustaz, betul ke saya tak boleh jual lebih sikit?
Saya: Ikut akak lah nak jual berapa, selagi mana ada orang nak beli. Kenapa?
Makcik karipap: Diorang la, orang-orang atas tu kata saya tak boleh jual ambil untung lebih 100%. (Merujuk kepada bangunan pejabat)
Saya: Akak dah kena dah ni. Dalam Islam, ikut akak nak jual berapa-berapa pun. Jual mahal, orang mungkin tak mahu beli. Jual murah, akak pulak tak untung. Nak pusing modal lagi. Akak nak bagi makan minum anak lagi. Jadi, pandai-pandai akak nak tentukan harga yang sesuai. Kalau dah memang kena naikkan harga, nak buat macam mana.
Makcik karipap: Betul ke ni? Lega hati akak.
Saya: Betul. Nanti kalau ustaz A datang beli, akak boleh tanya dia juga.
Begitulah yang berlaku dalam masyarakat. Gaji besar, kereta besar tetapi mahu beli karipap murah. Seolah-olah makcik karipap tidak mahu gaji besar dan kereta besar macam mereka juga.
Kita jangan sampai mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram. Dua-dua dilarang dalam Islam.
Had Keuntungan Perniagaan Dalam Islam

Resolusi fatwa no 46 (8/5)

Akademi Fiqh OIC yang bersidang di Kuwait pada 1-6 Jamadil Awwal 1409H / 10-15 Disember 1988 memutuskan:
1. Prinsip asas al-Quran dan as-Sunnah adalah setiap individu bebas berjual beli berdasarkan prinsip dalam surah an-Nisaa’ ayat 29:
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan harta sesama kamu dengan cara yang salah kecuali dengan jual beli suka sama suka
2. Tidak ada had keuntungan atas seseorang peniaga dalam sesuatu transaksi. Secara umumnya bergantung kepada peniaga, industri, konsep perniagaan dan barang jualan. Peniaga juga perlu menitik berat etika perniagaan Islam yang sewajarnya
3. Dalam perniagaan, Islam melarang perbuatan-perbuat jahat seperti penipuan, pemalsuan, menyorokkan maklumat penting, monopoli yang memberi kesan buruk dalam masyarakat.
4. Kerajaan juga tidak boleh terlibat dalam menetapkan harga sesuatu barang kecuali dalam keadaan tertentu (seperti untuk memecahkan monopoli, kartel perniagaan yang berpakat menaikkan harga). Dalam keadaan tersebut, kerajaan perlu masuk campur untuk menghapuskan perbuatan jahat tersebut.

Penulis:


Suzardi Maulan {Pakdi}, Islamic Financial Planner (IFP)TM, Principal Consultant AFIQ Training & Advisory, penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang terbitan PTS Professional Sdn Bhd.

ISLAM BUKAN AGAMA ORANG MELAYU SAHAJA

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
SEBAGAI insan bergelar Muslim, sewajarnya kita wajib bersyukur ke hadrat Allah SWThttp://www.desigraphics.com/d/islam/islam_016.jpg kerana termasuk hamba-hamba-Nya yang terpilih untuk menerima Islam sebagai agama dan pegangan hidup yang sempurna dan menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan. Ini kerana tidak semua manusia beragama Islam atau menerima Islam sebagai pegangan hidup untuk meraih kejayaan di akhirat kelak.

Justeru, kebetulan Allah jadikan kebanyakan daripada kita sebagai orang Melayu, maka adat biasa menghukum bahawa kita sekali gus beragama Islam, tetapi apakah benar fakta tersebut? Begitu juga kalau kita menelaah bangsa Arab khususnya di negaranegara Timur Tengah atau teluk, kebanyakan mereka beragama Islam, ada juga orang Arab tidak Islam, dan ramai juga yang berfahaman anti-Islam, maka benarlah bahawa bukan semua orang Melayu itu Islam, dan bukan juga orang Arab itu Islam, maka Islam adalah hak semua bangsa di dunia.

Menurut kaca mata Islam, bahawa Allah SWT dan Rasul-Nya Muhammad tidak pernah sama sekali meletakkan syarat bahawa orang yang hanya beragama Islam adalah Arab atau Melayu sahaja, akan tetapi Allah SWT meletakkan syarat paling utama amalan seseorang hamba itu diterima di sisi-Nya ialah bertakwa kepada-Nya dengan sebenar-benar takwa, iaitu melaksanakan segala suruhan dan perintah-Nya, serta meninggalkan segala tegahan dan larangannya dengan penuh rasa tunduk yang tidak berbelah bahagi.
Itulah hebatnya Islam, ia menjadi hak milik kepada sesiapa sahaja di kalangan manusia di dunia ini, tanpa mengira jantina, umur, bangsa, kedudukan dalam masyarakat, tua atau muda, semuanya adalah sama kecuali yang membezakan mereka adalah tahap takwa di sisi Allah SWT.

Justeru, orang Melayu tidak boleh mendabik dada bahawa mereka adalah bangsa yang hebat kerana menjadi orang Islam.
Memang benar Islamlah yang telah menjadikan kita hebat, hebat apabila kita benar-benar merealisasikan segenap tuntutan agama dengan bersolat jemaah di masjid/surau, menghadiri kelas-kelas pengajian fardu ain, mendiskusikan pengajian ilmu hadis, tafsir, fiqh, sirah Nabi dan membaca al-Quran serta memerhatikan segenap isi-isi kandungannya dan sebagainya.

Ini kerana ramai di kalangan orang Melayu Islam hanya menjadi Muslim kerana faktor keturunan atau baka, kerana namanama mereka tercatat dalam kad pengenalan dan sijil lahir sebagai anak-anak orang Islam, tetapi pada hakikatnya set minda mereka tidak terhimpun langsung informasi mengenai agama Islam. Jika diajukan kepada mereka tentang persoalan agama yang datang dari bukan Islam, mereka akan cari jalan bagaimana untuk mengelak atau menjawab jawapan yang tidak menepati acuan Islam itu sendiri.
Melayu perlu depani ajaran Islam

Benarkah orang Melayu Islam dalam negara kita ini merealisasikan ajaran Islam dalam segenap aspek kehidupan mereka? Inilah soalan yang sukar untuk dijawab. Namun apabila kita melihat secara jujur apa yang berlaku di kalangan mereka tidak 100 peratus mereka menjadi pengamal kepada ajaran Islam sebenar.
Ini kerana ramai di kalangan orang Melayu yang menjadi penagih dadah tegar (bukan untuk mengaibkan kelemahan sendiri), mat rempit, peragut dan lainlain, tetapi ia adalah hakikat untuk direnung bersama oleh semua peringkat kepimpinan, sama ada di peringkat kepimpinan negara, institusi masjid, Kementerian Pelajaran dan siapa pun mereka.

Di bidang hiburan pula, orang Melayu/Islam juga menjuarai kebanyakan program-program realiti, termasuk Akademi Fantasia, Raja Lawak, Maha Raja Lawak Mega, Mentor, Anda hanya ada 60 saat, Anak Wayang, Jom Heboh dan bermacam-macam lagi jenis hiburan yang dikuasai anak-anak remaja Melayu dengan penampilan yang tidak melambangkan sebagai Muslim/Muslimah contoh kepada yang lain.

Persoalannya di sini, apakah kita hanya boleh berbangga kebetulan nama kita Islam seperti menggunakan nama-nama Allah 99 itu, nama para anbiya, nama para sahabat dan lain-lain.
Sesungguhnya Islam sama sekali tidak pernah mengajar penganutnya mempertahankan nama sahaja tanpa beramal dengan isi kandungannya. Kalau keyakinan orang Melayu pada hari ini meyakini bahawa nama mereka adalah Islam dan layak boleh masuk syurga adalah satu pandangan yang cukup meleset dan tersasar jauh daripada ajaran Islam.

Ini kerana di zaman baginda Rasulullah s.a.w., jelas terbukti ramai di kalangan individu yang bernama Islam pun masuk neraka Allah seperti Abdullah bin Ubai bin Salul (munafiq paling besar dan berbahaya), Abdullah Bin Saba’ (Yahudi yang cukup licik) dan lain-lain dijanjikan neraka dan mati bukan dalam mengucap dua kalimah syahadah.
Di bidang persada politik pula, para pemimpin daripada parti Melayu sering menjuarai isu-isu Islam dengan kononnya sanggup membela Islam dalam perhimpunan-perhimpunan saban tahun diadakan, terdapat wanitanya yang gagal untuk ke Dewan Rakyat bagi menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan rasuah, tetapi dalam perhimpunan partinya, ia melenting hingga menyinsing lengan baju untuk menyatakan komitmennya memerangi rasuah. Apakah tindakan itu boleh kita katakan sebagai hipokrit? Cubalah kita cari jawapannya.

Mari sama-sama kita tanyakan diri kita sendiri, apakah benar kita menjadi pengamal segenap ajaran Islam yang terkandung dalam institusi pendidikan, kemasyarakatan, kepimpinan negara, akhlak bermuamalah sesama Muslim dan bukan Islam hingga kita boleh dijadikan sebagai role model sama seperti yang pernah ditonjolkan oleh para sahabat baginda s.a.w. satu ketika dahulu.
Ataupun kita menjadi penghalang kemasukan bangsa-bangsa lain selain Melayu di Malaysia ini ke dalam agama Islam. Pernahkah kita mengislamkan tetangga kita, rakan-rakan rapat kita yang bukan Melayu ke dalam Islam, kalau kita kata orang Melayu semuanya Islam. Kita takut di akhirat nanti Allah menempelak kita kerana tidak bersungguh-sungguh mempromosi Islam kepada mereka yang berhak untuk menjadi orang Islam.

Justeru, sepatutnya bidang penyiaran khususnya kaca televisyen, radio, surat khabar yang menjadi tumpuan umum ditugaskan semaksimum mungkin untuk mengisi rancanganrancangan berbentuk pendidikan akhlak yang dijelmakan daripada inspirasi al-Quran, hadis serta sirah Nabi Muhammad s.a.w. bagaimana baginda berjaya mengislamkan bangsa-bangsa manusia di Madinah menjadi muslim yang komited kepada agama yang dikenali sebagai masyarakat majmuk.
Mudah-mudahan kita tingkatkan usaha untuk menjadi individu-individu muslim yang beramal dengan Islam dalam segenap tuntutan ajaran agama, di samping menonjolkan penampilan muslim yang komited kepada agama, agar ia tidak menjadi ‘back fire’ kepada diri kita pada hari kiamat kerana tindakan kita itu seolah-olah telah memfitnah Islam. Samasamalah kita fikirkan.


__._,_.___