Isnin, 21 Jun 2010

MACAM-MACAM HAL


Date : 17 Jun 2010

Today, 1st day aku masuk keja balik setelah cuti bersalin 60 hari.Kebetulan banyak pula keja yg perlu dibereskan..check2 line internet tgk x ok la pulak..Adui,,laman web AG je yg boleh bukak, laman web lain ...hmmm hampeh..Aku sedikit kehampaan kerana nak check duit kat maybank2u dan cimb pun xleh..ish,ish,ish, kesian sungguh..

sedang aku sibuk mengemas meja kerjaku tak semena-mena aku terlanggar thumb drive aku yang tgh bertenggek kat CPU tu..alamak!!! aku dah dapat agak ada something yg akan terjadi. Check punya check dah sah thumdrive aku dah corrupt..langsung tak blh baca data kat dlm tu..Naya sungguh aku!! Habis hilang suma data penting pasal kerja, business dan juga data peribadi kat dlm tu..Nak menangis pun ada, tapi aku redha dengan segala ketentuan Allah.Mungkin ada hikmah disebalik semua tu..Aku baru je guna x sampai 16 GB pun dlm thumbdrive tu,tgk2 dah x leh guna..

Dengan berlakunya insiden tu aku dah pun beli HDD Drive menggantikan thumbdrive aku yg dah rosak tu..Aku berdoa moga HDD ni akan selamat selalu..InsyaAllah. Dengan kejadian itu juga aku lebih berhati-hati ketika dok berhampiran dgn CPU.hehehe...takut pisang berbuah dua kali..Wassalam. Mmmuahhhh...

Selasa, 1 Jun 2010


Date: 31.5.2010
Venue:Home Sweet Home



AKU BERSYUKUR DI ATAS SEGALA NIKMAT KURNIAANMU YA ALLAH
Alhamdulillah sehingga ke hari dan saat ini aku,hambaMu yang serba kekurangan ini masih diberi peluang menghirup udara kurniaanMu ini Ya Allah. Dan setiap saat dan detik itu jugalah aku sentiasa memanjatkan kesyukuran di atas segala kurniaanMu yang tidak pernah putus dari dulu hingga kini. Aku selalu berdoa agar aku menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur dengan segala kurniaanMu.
Aku selalu mengimpikan andainya aku mempunyai sejumlah wang yang banyak ingin sekali aku bersedekah kepada sesiapa yang memerlukan yakni fakir miskin, anak yatim piatu,untuk pembinaan surau,sekolah-sekolah agama juga kepada mereka yang ditimpa kesusahan. Walaupun kini aku telahpun berjaya merealisasikan sedikit daripada impianku itu,namun aku akan terus berusaha agar segala nikmat yang kuperolehi dapat dikongsi dengan sesiapa yang memerlukan kerana aku percaya segala nikmat dan kurniaan dari Allah bukanlah hak mutlak untuk diri kita sahaja. Semakin kita bermurah hati maka rezeki yang akan Allah kurniakan juga akan semakin bertambah-tambah. Subhanallah, betapa hebatnya kekuasaanMu Ya Allah..
Sewaktu aku menyusun baju,kasut dan handbagku ke dalam kotak untuk dipindahkan ke rumah baruku aku baru tersedar bahawa selama ini aku terlalu bermewah dalam kehidupanku. Lihatlah pada koleksi baju-bajuku yang tersusun di dalam almari, handbag yang bermacam jenama dan warna, juga koleksi kasut yang sedondon dgn handbag. MasyaAllah, membazirnya...Patutla selama ini ramai tetamu yang bertandang ke rumahku terkejut dan menegur semua koleksiku itu..rupanya selama ini aku alpa dengan semua itu..Alangkah bagus sekiranya duit yang ku habiskan untuk membeli semua itu aku sedekahkan saja? InsyaAllah dengan cara itu rahmat Allah akan lebih mencurah-curah.
Walaupun baru kini aku tersedar akan semua itu namun masih belum terlewat untukku membuat injakan paradigma bak kata pepatah.’’BETTER LATE THAN NEVER”. Mulai saat ini aku berjanji kepada diriku sendiri agar tidak menjadi seorang yang membazir kerana membazir itu amalan syaitan. Tidak ada gunanya terlalu mengikut nafsu berbelanja sehinggakan apa yang dibeli itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya..sekadar memenuhi almari dan rak-rak kasut,,hinggakan ada yang rosak begitu saja tanpa sempat dipakai..
Sepatutnya aku lebih berjimat cermat dan lebih memikirkan bagaimana untuk menambahkan sedekah bukannya menambahkan lagi segala macam koleksi peribadiku..Maafkan hambaMu ini Ya Allah.