Selasa, 27 Julai 2010

Tips Untuk Melajukan Loading Web Blog Anda [Optimize]

Kelajuan sesebuah blog amat berpengaruh sekali didalam dunia Blogging ini. Jika anda sebagai seorang blogger yang bijak dan mementingkan keutamaan pelawat anda, sudah pastinya anda akan optimize atau menjadikan blog anda lebih cepat untuk dilayari oleh semua pengguna.
Beberapa langkah yang perlu dititik berat oleh blogger baru ialah :

1. Pastikan anda tidak menggunakan terlalu banyak PLUGIN (untuk wordpress).

Jika anda menggunakan terlalu banyak plugin, kemungkinan besar plugin yang anda gunakan itu boleh menyebabkan loading blog anda menjadi lama kerana setiap kali blog anda dibuka, ianya perlu membaca semua data dan plugin yang anda gunakan. Jadi anda elakkanlah menggunakan terlalu banyak plugin dan jika boleh, gunakanlah yang penting sahaja.

2. Pastikan anda tidak menggunakan GAMBAR yang terlalu besar.

Gambar pada setiap artikel anda atau gambar theme anda juga perlulah dioptimize kerana jika gambar yang anda gunakan bersaiz besar (berkualiti tinggi), ini sebenarnya akan memberikan kesan kepada pengguna broadband (maxis, digi, celcom). Mereka ini menggunakan gelombang, jadi untuk loading semua data di blog anda akan mengambil masa yang lama.

3. Pastikan anda tidak menggunakan terlalu banyak WIDGET.

Saya yakin seorang blogger baru pasti suka dengan widget dan pelbagai lagi yang disediakan di internet ini. Adakah ianya penting kepada anda? bagaimana pula dengan pelawat anda? tidak menganggu pelawat anda ke? untuk pengetahuan anda, widget yang anda gunakan juga boleh menjadi faktor utama kenapa blog anda tidak disukai ramai. Ini kerana kadangkala widget tersebut hanya untuk kegunaan anda, tetapi ianya menganggu pelawat anda. Nasihat saya, elakkanlah menggunakan widget yang tidak memberikan manfaat didalam blog anda.

4. Mengunakan READ MORE pada setiap artikel anda.

Kelebihan menggunakan “read more” ini adalah artikel anda yang terlalu panjang akan dipendekkan supaya keseluruhan artikel anda tidak ditunjukkan di muka hadapan blog anda. Ini dapat menjimatkan masa loading web blog anda.

5. Elakkan meletakkan terlalu banyak post di MUKA HADAPAN blog anda.

Boleh dikatakan semua jenis blogger, wordpress dan sebagainya mempunyai setting ini, saya menyarankan supaya anda elakkan daripada menunjukkan terlalu banyak post artikel anda di muka hadapan. Sebagai contoh, anda boleh membandingkan jika anda menunjukkan 7 artikel di muka hadapan dengan 3 artikel sahaja. Anda lihat perbezaan masa yang diambil untuk loading web blog anda. Cubalah.

6. Pemilihan SERVER HOSTING yang terdekat atau mengikut TARGET.

Jika anda mengunakan blog wordpress (selfhost), saya mencadangkan sebelum anda membeli hosting, pastikan anda lihat siapa target pelawat anda? Jika market terbesar blog anda adalah orang Malaysia, jadi saya sarankan anda gunakan server hosting yang berada di Malaysia. Server hosting yang dekat dapat menjimatkan masa dan melajukan loading web blog anda.

Ada banyak lagi perkara yang boleh anda lakukan supaya blog anda lebih mudah untuk dilayari oleh semua pengguna internet. Buat masa ini, ini sahaja yang dapat saya kongsikan bersama dengan anda. Saya akan update pelbagai tips lagi untuk anda semua. Selamat mencuba.
3 Cara Buat Bateri Laptop Tahan Lama

Adakah bateri laptop anda cepat habis padahal baru caj?

Dengan cara yang betul, bateri laptop boleh tahan lebih lama.
Dinyatakan 3 cara untuk buat bateri tahan lama:

1. Elakkan penetapan ‘performance’ sekiranya guna bateri. Ini bagi memastikan penjimatan justeru melanjutkan tempoh penggunaan laptop ketika buat kerja.

2. Sekiranya berada di rumah atau berhampiran dengan power supply, lebih baik tanggalkan bateri dan sambungkan laptop ke power supply.

3. Penting! Pastikan notis ‘kehabisan bateri’ keluar baru cucuk ke power supply untuk terus menggunakan laptop. Baki caj-caj elektrik yang masih banyak dalam bateri, jika dicaj akan menyebabkan bateri bengkak (kes handphone). Bateri akan cepat rosak. Begitu juga, sebaik sahaja bateri telah penuh, terus matikan suis plug point. Jika tidak, bateri akan rosak dan mungkin meletup

Rabu, 21 Julai 2010


 
GAMBAR PERCUTIAN DI LANGKAWI (24 NOVEMBER 2009 HINGGA 26 NOVEMBER 2009
PART 1

Di Lobi ERL Putrajaya



Menunggu ketibaan ERL



Anak Sulung (Siti Maisarah) ngan anak ke3 (Ahmad Nasrullah)

Isnin, 19 Julai 2010

16/7/2010 (Jumaat)
JALAN-JALAN CARI MAKAN
SUP TULANG POWER

Datang, jangan x datang ya...

dieha ngan ct

Nasi dan lauk pauk dah terhidang,,Jemput makan

Amboi...perut dah kenyang, senyum lebar nampak!!!!

Emmm....Menyelerakan dan berkhasiat


Mangkuk2 kosong yang penuh ngan cili padi


Salam, today hari Jumaat, so macam minggu-minggu sebelumnya kalau dieha tak ambik anak balik sekolah tengahari, so dieha akan joint member-member dieha pi jalan-jalan cari makan. Kedai makan ari ni ialah Kedai Sup Tulang Power..


We all kluar ofis cam biasa la, kul 12.30 tengahari we all baru gerak. Sampai kat sana, fullamak!!! penuh dengan pelanggan...cari punya cari dapatlah satu table kosong utk we all berlima.


We all order nasi/nasi lemak + sup tulang + bihun sup. Emmm...sedapnya!!! Tapi bagi dieha, pedas la...apa taknya, lihat saja brape biji cili padi adal dalam mangkuk sup dieha tu...fuh!!! berapi!!!!


Tengah-tengah makan, baru teringat nak tapaukan untuk kawan dieha. Tup-tup bila order, adik pelayan tu cakap "sup tulang dah habis la kak". Laa.....seminit je dah habis??? huh! sedikit hampa tapi tak pe la ya...dieha tapaukan bihun sup sajalah ya...Maaf,kalau ada rezeki kita datang bersama ya..


Mengikut history yang diceritakan oleh kawan-kawan dieha, dulunya kedai ni kecik je...kat bawah pokok je (digelar sup bawah pokok) tapi sekarang pokok tu dah ditebang so kedai tu pun dah tak de pokok utk berteduh...jadi, muncullah kedai baru ni...


As a summary dha bagi 5 bintang dari keseluruhan 5 bintang (Full Mark) hehehehe...

Rabu, 14 Julai 2010


SIBUKNYA JADUAL HARIANKU



Assalamualaikum, rasanya dah lama dieha x menulis kat blog dieha ni..maklumla kerja agak banyak di pejabat, bila balik umah selalu dah tertido awal sebab kepenatan.





Hari ni dah masuk hari ke3 suamiku outstation..memang memenatkan kerana dieha terpaksa berkejar-kejar balik tengahari utk ambil anak dari sekolah,balik umah kejap utk mandi,solat dan makan sebelum hantar kat sekolah agama pulak..aduhhh,,,memang memenatkan dengan berkejar-kejar utk sampai ofis kul 2..Bila time masuk parking tu pulak,selalu dieha berdoa agar tempat parkg yg ditinggalkan td masih kosong, kalau tak terpaksa la pusing lagi seround utk cari parking lain...





Time balik kerja lagi la satu hal..Memandangkan dieha ada 2 anak yg masih kecil iaitu 3 bulan dan 3 tahun so agak mustahil kalau dieha nak biarkan saja yg 3 thn tu ngan 3 bulan tu sambil dieha drive (walaupun yg baby dok dlm car seat). In that case dieha terpaksa la patah balik ambik anak kat sekolah agama dulu sebelum pi ambil mereka walaupun jarak antara ofis ngan taska dekat..dgn kesesakan warga Putrajaya nak pulang kerja tambah lagi dgn kerajinan JPJ buat sekatan jalanraya...Fuhhh...rasa nak pengsan... x tambah lagi kerja umah lain (memasak dan membasuh baju).





Bila baik umah rehat jap n then trus masak.masak simple2 je sbb anak2 dieha ni x suka makan luar..ada je komen bila beli,lauk x sedapla,,,sikit lauk la,,,tawar dan mcm2 lagi komen..(hish,,budak2 sekarang ni tau aje nak komplen). dah siap2 mkn tu suruh abg ngan kakak tu kutip semua kain letak dlm wash machine n then diorang la yg tlg jemurkan kat ampaian luar umah..kdg2 kecian gak tgk abg dan kakak tu buat keja umah tapi kalau dieha x latih dari sekarang, bila dah besar trus malas nak buat suma ni...