Khamis, 1 September 2016




Bersedekah tidak semesti dengan harta sahaja

Mungkin ramai di kalangan kita apabila disebutkan sahaja sedekah akan membayangkan ia perlu mengeluarkan sejumlah wang atau harta. Lalu sebahagian dari kita akan merasa sempit dada kerana mungkin tidak mampu untuk memberi atau mula memberi berbagai alasan. Sinonimnya kebanyakan dari kita sememangnya begitu kerana kelaziman manusia mempunyai sifat berkira atau kedekut. Kita disarankan berbuat begitu kalau untuk melakukan kemungkaran atau berbuat dosa.

Dikisahkan di dalam sebuah hadis riwayat Muslim di dalam Kitab Zakat, beberapa orang sahabat Nabi SAW telah datang menemui baginda SAW menzahirkan rasa cemburu terhadap golongan yang kaya. Mereka merasa cemburu kerana golongan kaya itu dapat membuat pahala yang banyak kerana mampu bersedekah dengan lebihan harta mereka. Lalu apakah jawapan Rasulullah SAW terhadap mereka? “Bukankah Allah telah menjadikan sesuatu untuk kamu yang boleh kamu sedekahkan? Sesungguhnya bagi kamu dengan setiap kali bertasbih (mengucap Subhanallah) adalah sedekah. Setiap kali bertakbir(mengucap Allahu Akbar) adalah sedekah . Setiap kali bertahmid (mengucap Alhamdulillah) adalah sedekah. Setiap kali bertahlil (mengucap La ilah illalLah) adalah sedekah. Ajak kebaikan adalah sedekah. Cegah kemungkaran adalah sedekah. Menggauli isteri adalah sedekah.” Para sahabat terkejut kerana memuaskan nafsu juga dianggap sedekah. Lantas baginda SAW bersabda: “Apakah pendapat kamu kiranya ia memuaskan nafsunya pada yang haram? Adakah ia mendapat dosa? Begitulah sebaliknya. Jika dia memuaskan pada yang halal, maka dia mendapat pahala.”

Sungguh indah agama ini. Sangat mudah untuk membuat kebaikan. Sangat mudah mendapat pahala kebajikan. Sesungguhnya pintu-pintu kebajikan sangat luas.Di mana-mana dan pada bila-bila masa kita boleh bersedekah.

*Tasbih, Tahmid, Takbir, Tahlil dan Melakukan Yang Halal
Sepertimana yang disebutkan di dalam hadis di atas, amalan bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlil adalah sedekah. Bahkan menggauli isteri juga adalah sedekah. Kerana apa? Kerana dengannya ia terpelihara dari perbuatan maksiat. Tambah-tambah lagi sekiranya ia berniat untuk mendapatkan zuriat yang soleh darinya. Niat telah mengubah adat menjadi ibadat. Hadis itu juga boleh memberi maksud, Allah mengganjari pahala pada apa sahaja perbuatan yang halal, Sangat mudah bukan untuk mendapat pahala? Pada hakikatnya bukan hanya amalan itu yang dianggap sedekah. Terdapat banyak lagi riwayat hadis yang menyatakan bentuk-bentuk sedekah yang lain, yang boleh kita lakukan hingga seolah-olahnya sepanjang 24 jam dalam sehari kita boleh melakukan pelbagai bentuk sedekah. Sekarang mari kita telusuri hadis-hadis di bawah untuk kita sama-sama merasai keindahan, kesyumulan dan mudahnya Islam.

*Nafkah Kepada Keluarga
Hakikatnya, setiap hari Allah telah menyediakan bagi hamba-hambanya ganjaran dan pahala kiranya digandingkan dengan keikhlasan dan niat yang baik. Bukankah setiap hari kita membelanjakan sesuatu untuk ahli keluarga kita? Di situ juga ada pahala sedekah yang Allah janjikan. Sabda Rasulullah SAW: Apabila seorang lelaki memberi nafkah kepada keluarganya dengan penuh pasrah mengharapkan redha Allah, maka baginya bernilai sedekah baginya. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah SAW juga ada bersabda; Sesungguhnya tidaklah engkau menginfakkan sesuatu dengan tujuan mencari redha Allah melainkan engkau akan mendapat pahala kerananya, bahkan makanan yang engkau suapkan ke mulut isterimu sekalipun. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

*Sedekah Dari Hasil Tanaman
Pernahkah kita tahu sekiranya binatang memakan hasil tanaman kita, kita mendapat pahala sedekah? Dalam hal ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: Mana-mana muslim yang menanam tanaman, apa sahaja daripada tanamannya dimakan, dia mendapat pahala sedekah. Apa sahaja dari tanamannya dicuri, dia mendapat pahala sedekah. Apa sahaja dari tanamannya dimakan binatang buas, dia mendapat pahala sedekah. Apa sahaja dari tanamannya dimakan burung, dia mendapat pahala sedekah. Dan apa sahaja daripada tanamannya diambil seseorang, dia mendapat pahala sedekah. (Hadis riwayat Muslim)

*Tidak Melakukan Kejahatan
Dikatakan juga sebagai sedekah apabila kita menahan diri dari melakukan kejahatan. Sabda Rasulullah SAW: Sekiranya dia tidak mampu melakukan kebaikan, dia hendaklah menegah dirinya dari melakukan kejahatan. Sesungguhnya ia adalah sedekah baginya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

*Membantu, Menasihat Serta Menggembirakan Saudaranya
Bahkan pada setiap perkara yang dibuat untuk menceriakan orang lain, memudahkan urusannya, mengajaknya ke arah kebaikan dan mencegah dari melakukan kemungkaran dan sebagainya, yang sangat mudah untuk dilakukan setiap hari, padanya Allah sediakan ganjaran. Sabda Rasulullah SAW: Senyumanmu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu. Kamu menyuruh melakukan kebaikan dan menegah kemungkaran adalah sedekah bagimu. Kamu memberi pandu arah kepada seorang lelaki yang tersesat di suatu tempat adalah sedekah bagimu. Kamu membuang batu, duri dan tulang di jalan adalah sedekah bagimu. Kamu menuang air dari timbamu untuk diisi ke dalam timba saudaramu adalah sedekah bagimu. (Hadis riwayat Tirmizi)

Maka dengan itu, tenanglah hati-hati mereka yang tidak punyai harta yang cukup untuk bersedekah kerana Allah telah menyediakan ruang yang sangat luas untuk mereka membuat kebaikan. Namun demikian, bagi yang mempunyai harta yang lebih, kiranya mereka bersedekah dengan harta mereka dan dalam masa yang sama mereka juga melakukan amal-amal kebajikan yang banyak, maka sesungguhnya ganjaran untuk mereka sangatlah besar. Itulah kelebihan yang telah Allah kurniakan buat mereka.

Antara pengajaran lain yang boleh kita ambil dari kumpulan hadis di atas ialah;
• Zahir hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa semua yang disebutkan adalah sedekah. Samada ia berbentuk perkataan atau perbuatan. Samada berbentuk harta mahupun bukan harta.
• Islam sangat mudah. Sedekah bukan hanya dengan harta. Bahkan dengan apa sahaja kebaikan yang kita lakukan dan apa sahaja kegembiraan yang kita berikan kepada oranglain. Bahkan ganjarannya adalah sama dengan ganjaran mereka yang bersedekah dengan harta.
• Melakukan sesuatu yang halal, padanya pahala sedekah.
• Sesiapa yang melakukan kebaikan tetap diberikan ganjaran pahala walaupun mereka melakukan tanpa tujuan dan niat sepertimana pahala yang diterima oleh seseorang yang hasil tanamannya dimakan burung atau dicuri orang.
• Ia juga menunjukkan bahawa Islam sangat menuntut umatnya supaya menjaga silaturrahim, memelihara dan menunaikan hak-hak sesama saudara. Hinggakan apa sahaja kebaikanke arah itu, dikira sebagai sedekah.

Untuk itu, marilah kita memperbanyakkan amal dan kebajikan untuk mengejar kelebihan-kelebihan yang Allah telah janjikan, dengan apa sahaja yang kita miliki dan apa sahaja yang kita mampu kerana Rasulullah SAW telah bersabda: Setiap perbuatan baik adalah sedekah. (Hadis riwayat Muslim)

Ehsan – Ustazah Suriani binti Sudi
Ahmad Irsha

Selasa, 23 Ogos 2016

AKU DAN PERIUK NOXXA

Assalamualaikum .
Teman-teman blogger aku sekalian..

Hari ni tetiba aku teringat kat blog aku yang dah bersawang dan berlalang ni. Lama sungguh x menulis. Jadual kerja yang padat ditambah pula dengan tumpuan untuk business aku, hinggakan aku lupa menulis.

Semalam aku baru je beli Periuk yang meletup-letup dan terlajak laris sekarang ni. Periuk Noxxa. Seronok sangat wei, dah la kawan aku bagi harga ahli, pastu boleh bayar ansuran bulan-bulan pulak tu. Ala...lebih kurang cam main kutu la. Tapi yang paling rare adalah bayar kali pertama terus dapat Periuk. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Awal tahun lepas tailor aku ada jugak dok citer pasal Periuk Serbaguna ni. Tapi pintu hati x terbukak la pulak waktu tu untuk beli. Dalam hati aku berkata, " Membazir je beli periuk tujuh lapan ratus, guna periuk murah pun menjadi jugak". Namun pesanan orang tua-tua, Jangan terlalu benci, nanti jatuh kasih!. Tup-tup aku boleh terjebak jugak dengan Periuk Noxxa ni.

Tentu korang tertanya-tanya camne la aku boleh tetiba suka pulak. Semuanya bermula pada Hari Raya Puasa yang lalu di Kelantan.....

Waktu tu aku stay kat umah kakak aku di Melor. Dia mintak aku tolong dia memasak untuk persiapan raya. Aku kata no hal. ok je, tambahan pulak memang aku pun suka masak. Setiba aku di dapur dia yang luas tu tetiba mata aku terfokus pada Periuk Noxxa yang cantik bergaya kat atas kabinet Nyatoh berwarna coklat. Aku terus pi usha-usha. Kakak aku, apalagi...terus bagitau 1001 kebaikan guna periuk ni siap dengan demo lagi. Aku tengok sambil telan air liur. fuhhh..hebat jugak peiuk ni. (hati kecil aku berkata-kata) dan mula mencongak-congak harga yang perlu aku bayar kalau aku nak beli. Tapi aku kata xpe la..aku nak simpan duit dulu.

Bila aku dah balik ke rumah aku sendiri di Selangor setiap hari aku google kot-kot ada sesape yang boleh bagi harga ahli tapi dengan ansuran bulanan. Cari punya cari, memang aku jumpa sorang atau dua orang yang boleh bagi harga camtu tapi semuanya jauh. So macam leceh la pulak aku nak berguru dan mengadu if anything happened. so hasrat aku terbantut lagi.

Until one day, sedang aku tengah baca update status kawan-kawan aku kat fb so ternampak status salah seorang kawan aku yang bgtau dia ada jual periuk Noxxa dengan harga ansuran. Apalagi, aku terus capai hp aku dan terus contact dia. Alhamdulillah kata sepakat berjaya dicapai dan semalam aku dah pun selesaikan bayaran 1st aku sebanyak RM200. Secara automatiknya aku terus dapat Periuk idaman aku, siap dengan free gift sekali berupa rak pinggan. SERONOKNYA!!! YAHOOO