Jumaat, 21 September 2012

Rahsia Alis Mata Wanita 2

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda sebuah artikel tentang ‘Rahsia Alis Mata Wanita‘. Benarkah ada rahsia yang tersembunyi di sebalik bentuk alis mata seorang wanita? Anda tidak percaya? Cubalah baca dan nilaikan sendiri…

Rahsia Pada Alis Mata Seorang Wanita

Pertama sekali, apa itu alis mata?

Alis mata ialah susunan bulu atau rambut di atas kedua mata manusia.

Kedua, apa fungsi alis mata?•Melindungi mata dari bendasing.

•Alis mata bagi seorang wanita adalah salah satu daripada aset kecantikan.

Sama juga macam rambut, alis mata ada macam-macam jenis. Ada yang lebat, ada yang nipis, ada yang lembut, yang halus, yang kasar, yang jarang-jarang, yang bengkok, yang lurus dan macam-macam gaya lagi lah.

Disebabkan adanya keunikan dan perbezaan alis mata pada setiap orang ini, maka ada kajian dan ramalan yang dibuat tentang rahsia atau tanda yang tersembunyi disebalik perbezaan alis mata setiap orang.

Adakah bentuk-bentuk alis mata memberikan tanda-tanda tentang sikap atau perangai seseorang (khususnya wanita)?

1. Alis mata yang bersih, berwarna semulajadi dan mempunyai lengkungan yang sederhana.

•Menunjukkan dia seorang yang ideal untuk dijadikan teman hidup.

•Dia seorang yang sederhana, tidak terlalu cantik dan tidak terlalu huduh.

•Dia sentiasa ingin memberikan kebahagiaan dan membantu pasangannya.

•Dia mempunyai tutur kata yang lembut.

•Otaknya cerdas.

•Bersifat agak kelakar.

•Dia boleh menghiburkan dan menenangkan hati pasangannya.

2.Alis mata yang bersih, berwarna semulajadi dan mempunyai lengkungan yang tajam.

•Dia seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam.

•Dia seorang yang suka campur urusan orang lain (busy body).

•Ada ciri-ciri sombong dan berlagak padanya.

•Cepat rasa cemburu.

•Dia seorang yang suka untuk memajukan diri menjadi lebih baik.

•Mudah menyesuaikan diri.

•Panjang akal serta pandai menyelesaikan masalah.

•Mempunyai daya imaginasi yang hebat.

•Dia suka melakukan perkara-perkara yang baru dan mencabar

3.Alis tebal

•Dia sentiasa berhati-hati dalam perbicaraannya (hanya berkata yang perlu saja).

•Dia seorang pendiam.

•Dia seorang pendengar yang baik.

•Sangat setia dan taat pada pasangannya.

•Dia seorang yang sensitif dan mudah terluka.

•Silap gaya, dia boleh mengamuk kalau tahap kemarahannya melepasi batasan.

4.Alis nipis

•Dia seorang yang keras hati

•Dia seorang yang banyak cakap (mulut kepoh)

•Dia suka bercakap apa saja walaupun perkara yang tidak penting

•Dia seorang yang banyak idea dan aktif

•Dia seorang yang agak agresif semasa diranjang

•Dia seorang yang cerewet tapi bijak

•Dia seorang yang agak garang tapi berpatutan.

5.Alis yang jarang dan nipis

•Dia seorang yang sangat keras hati

•Dia seorang yang mempunyai ego yang tinggi

•Dia seorang yang perfectionist dan rasa dia seorang saja yang betul

•Dia susah dengar cakap orang

•Kalau jadi isteri, dia mungkin lebih cenderung untuk jadi ‘queen control’

•Dia mempunyai kemahuan yang tinggi dan sentiasa mahukan yang terbaik

6.Alis yang panjang, bersambung dan berumbai-umbai

•Dia mempunyai nafsu dan keinginan yang kuat

•Dia seorang yang suka berdengki dan mudah iri hati

•Dia mempunyai perwatakan yang mempersona dan menarik perhatian

•Dia pandai bertutur kata dan agak peramah

7.Alis yang naik melengkung ke atas

•Dia seorang yang sangat pandai menyembunyikan perasaannya

•Dia seorang yang pandai berpura-pura dan berlakon

•Dia seorang yang panjang akal dan pintar dalam memenuhi kemahuannya

•Dia pandai menjaga hati dan menyukakan hati pasangannya

8.Alis mata yang ada tahi lalat

•Dia seorang yang baik hati dan taat pada pasangannya

•Dia tidak suka menyusahkan orang lain

•Dia suka memberikan pertolongan kepada orang yang disayanginya

•Dia seorang yang sempoi dan bersahaja

•Dia juga pintar dan sentiasa mementingkan orang yang disayanginya


Anda mempunyai alis mata yang macammana? Nipis? Tebal? Jarang-jarang?

Wirid Melapangkan Pintu Rezeki 2


Salam semua..

Saya kongsikan sebuah kisah tentang pengamalan wirid yang bisa melapangkan pintu rezeki umat islam..

Jom kita hayatinya bersama-sama..

Beberapa baris wirid yang dibaca selepas solat, selain dipetik dari Al-quran, ada ‘asbabun nuzul’ atau rentetan dari sebuah peristiwa tersendiri yang membawa kepda pengamalnya. Barangkali dari itulah ia diangkat menjadi bacaan yang diambil dari surah Ali Imran, ayat 26 dan 27.

Rasulullah s.a.w. telah mengkabarkan kepada Sayaidina Muaz Bin Jabal r.a akan kelebihan wirid tersebut. Baginda juga telah memberikan sebuah doa kepada seorang sahabat yang bernama Abu Umamah r.a. Dan doa itu mengandungi khasiat yang sama seperti wirid yang telah diajarkan kepada Muaz Bin Jabal.

Mari kita selami kisah ini bersama-sama..

“Aku tidak melihatmu di masjid semalam,” Rasulullah s.a.w. menegur Sayidina Muaz Bin Jabal r.a, sesesai berjemaah Zuhur.

“Maafkan aku, wahai Rasulullah. Aku tidak berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat semalam. Semasa dalam perjalanan ke masjid, aku telah dihalangi oleh seorang kaum Yahudi. Aku dikurung dirumahnya dan tidak dibenarkan ke mana-mana,” jawab Sayidina Muaz dengan panjang lebarnya.

“Kenapa?”

“Aku telah banyak berhutang kepadanya,” akui Sayidina Muaz terus terang. “Sehinggalah aku merayu dan berjanji akan menjelaskan hutang-hutangnya apabila beroleh wang nanti, barulah aku dilepaskan,”

Rasul tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Saydina Muaz berkata, ” Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat. Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.”

“Mahu..mahu, wahai Rasulullah,” jawab Saydina bersungguh-sungguh.

Rasulullah s.a.w. pun membacakan dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27. Sayidina Muaz mendengarnya dengan cermat dan teliti, sebelum ikut membacanya semula. Selepas itu dia terus mengamalkannya dua potong ayat yang banyak khasiatnya itu. Sehingga Saydina Muaz menjadikan ayat tersebut sebagai wirid hariannya.

Surah Ali Imran Ayat 26.

Katakanlah, “Ya Allah, yang merajai kerajaan, Engkau memberikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan melucutkan kerajaan daripada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau memuliakan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau menghinakan siapa yang Engkau mengkehendaki. Di tangan Engkau yang baik; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.

Surah Ali Imran Ayat 27.

Engkau menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan Engkau menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Engkau mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau mengkehendaki tanpa perhitungan.”

Berkat daripada kata-kata Rasulullah tersebut, akhirnya Sayidina Muaz telah menjadi orang yang berjaya dan maju dalam bidang perkerjaannya. Dengan jayanya itu membolehkan ia melunaskan semua hutangnya.

Petikan oleh: Muhammad Widad

Khamis, 20 September 2012

KENALI PERWATAKAN MELALUI KEDUDUKAN DALAM KELUARGA

ANAK SULUNG

Sebagai anak sulung, anda lebih matang berbanding usia anda. Anda sering diberi kepercayaan memikul pelbagai tanggungjawab. Sebab itu, anda belajar berterus terang mengenai perasaan. Anda bukan sahaja mahu ketenteraman keluarga tetapi mahu semua perkara berjalan mengikut perancangan anda.

POTENSI KAWAN

Penyokong? Tentulah. Suka membantu? Memang dijanjikan. Kawan-kawan anda tahu mereka boleh menelefon anda pada bila-bila masa. Cuma yang perlu diingatkan, jangan hanya fikirkan kepentingan orang lain sehingga mengabaikan kepentingan anda sendiri. Selalunya anak sulung akan bertindak begini. Sepatutnya anda menjaga kepentingan sendiri juga.

PASANGAN SESUAI

Anda sudah biasa cuba melakukan semua perkara dengan sempurna dan menjadi contoh baik kepada adik-adik. Ini meningkatkan harapan anda terhadap orang lain yang mungkin agak sukar dikecapi. Anda mahu semua perkara dibuat mengikut cara anda. Perangai anda suka memerintah. Anda hanya boleh memikat lelaki pasif yag tidak kisah mengikut kehendak anda. Pasangan impian anda? Anak tengah sahaja sesuai menepati perangai anda itu.

ANAK TENGAH

Ada orang boleh anda contohi atau dijadikan panduan. Anda juga sering dianggap sebagai anak contoh. Anda mudah bergaul dengan orang. Ini tidak menghairankan kerana anda pandai menarik perhatian dan menonjolkan diri.

POTENSI KAWAN

Anda sudah biasa bergaul dalam kumpulan, jadi mengapa kehidupan social anda perlu berbeza? Semangat anda memberi setiap orang peluang berkawan dengan anda walaupun anda mengambil masa untuk meluahkan rahsia peribadi. Jangan terkejut sekiranya kawan baik anda juga anak tengah. Mereka berkongsi keperluan anda untuk ruang peribadi mereka kerana itulah sifat semulajadi anak tengah.

PASANGAN SESUAI

Sekiranya anda membesar di kalangan perempuan, kewujudan lelaki mungkin agak menakutkan anda. Pasangan ideal anda adalah lelaki yang berterus terang dengan perasaannya. Sekiranya anda ada abang atau adik lelaki, pergaulan dengan mereka tidak menimbulkan sebarang masalah. Cabaran anda ialah menunjukkan sifat kewanitaan anda. Pasangan sesuai untuk anda adalah anak tunggal. Dia akan tertarik cara pergaulan anda dengan adik-beradik anda.

ANAK BONGSU

Membesar di kalangan adik-beradik lebih tua, anda selalu mempunyai seseorang untuk menjaga kepentingan anda. Ini perkara semula jadi agar anda berasa selesa untuk mencuba sesuatu yang baru. Anda suka menonjolkan diri dalam pergaulan walaupun ada kalanya anda suka berlumba pada sesuatu keadaan (sebagai anak bongsu anda perlu mengikut jejak mereka yang lebih tua).

POTENSI KAWAN

Anda sudah mempelajari pelbagai perkara dengan memerhati abang dan kakak anda. Jadi tidak menjadi masalah untuk bergaul dengan orang lain. Cabaran sebagai anak bongsu, anda selalu memberi pandangan berbeza dengan orang lain. Biarpun anda tidak suka bergaduh, anda selalu menimbulkan masalah.

PASANGAN SESUAI

Sekirannya anda mempunyai abang anda tidak perlu risau kerana sudah biasa bergaul dengan lelaki. Sekiranya anda mempunyai kakak, bercinta bukan suatu misteri kerana anda sudah mendengarnya melalui kakak. Pasangan paling ideal, mestilah sibongsu juga. Anda akan menjadi pasangan paling selesa dan serasi.

ANAK TUNGGAL

Sebagai anak tunggal anda menjadi tumpuan keluarga. Anda juga cukup berdikari dan yakin. Anda berani meluahkan perasaan hati kerana ibu bapa anda sentiasa sedia mendengar. Namun, anda menganggap orang lain juga berminat. Ini menjadikan anda seperti terlalu suka bercerita mengenai diri sendiri.

POTENSI KAWAN

Tidak pernah berkongsi dengan sesiapa ketika membesar menjadikan anda seorang degil, tidak pandai bertolak ansur dan selalu mahu mendapatkan apa yang dihajat. Bertolak ansur ialah kunci kepada persahabatan panjang. Sekiranya, anda mahu mempunyai teman rapat dan terjalin lama, cuba berkongsi apa yang anda ada dengan saudara-mara terdekat.

PASANGAN SESUAI

Sikap tenang dan keyakinan anda menjadi tarikan utama kepada lelaki. Bagaimanapun, untuk mengekalkan minat pasangan anda perlu belajar berkongsi suka duka dalam hidup anda. Anda tidak pernah ada kakak untuk berkongsi rahsia, apabila sesuatu berlaku naluri anda memberitahu anda supaya membuat lawak atau diam sahaja.

Itu tidak menjadi masalah untuk meluahkan perasaan anda. Sekiranya pasangan anda mempunyai kakak, dia akan tahu cara memanjakan anda tanpa melemaskan anda.