Selasa, 27 Julai 2010

Tips Untuk Melajukan Loading Web Blog Anda [Optimize]

Kelajuan sesebuah blog amat berpengaruh sekali didalam dunia Blogging ini. Jika anda sebagai seorang blogger yang bijak dan mementingkan keutamaan pelawat anda, sudah pastinya anda akan optimize atau menjadikan blog anda lebih cepat untuk dilayari oleh semua pengguna.
Beberapa langkah yang perlu dititik berat oleh blogger baru ialah :

1. Pastikan anda tidak menggunakan terlalu banyak PLUGIN (untuk wordpress).

Jika anda menggunakan terlalu banyak plugin, kemungkinan besar plugin yang anda gunakan itu boleh menyebabkan loading blog anda menjadi lama kerana setiap kali blog anda dibuka, ianya perlu membaca semua data dan plugin yang anda gunakan. Jadi anda elakkanlah menggunakan terlalu banyak plugin dan jika boleh, gunakanlah yang penting sahaja.

2. Pastikan anda tidak menggunakan GAMBAR yang terlalu besar.

Gambar pada setiap artikel anda atau gambar theme anda juga perlulah dioptimize kerana jika gambar yang anda gunakan bersaiz besar (berkualiti tinggi), ini sebenarnya akan memberikan kesan kepada pengguna broadband (maxis, digi, celcom). Mereka ini menggunakan gelombang, jadi untuk loading semua data di blog anda akan mengambil masa yang lama.

3. Pastikan anda tidak menggunakan terlalu banyak WIDGET.

Saya yakin seorang blogger baru pasti suka dengan widget dan pelbagai lagi yang disediakan di internet ini. Adakah ianya penting kepada anda? bagaimana pula dengan pelawat anda? tidak menganggu pelawat anda ke? untuk pengetahuan anda, widget yang anda gunakan juga boleh menjadi faktor utama kenapa blog anda tidak disukai ramai. Ini kerana kadangkala widget tersebut hanya untuk kegunaan anda, tetapi ianya menganggu pelawat anda. Nasihat saya, elakkanlah menggunakan widget yang tidak memberikan manfaat didalam blog anda.

4. Mengunakan READ MORE pada setiap artikel anda.

Kelebihan menggunakan “read more” ini adalah artikel anda yang terlalu panjang akan dipendekkan supaya keseluruhan artikel anda tidak ditunjukkan di muka hadapan blog anda. Ini dapat menjimatkan masa loading web blog anda.

5. Elakkan meletakkan terlalu banyak post di MUKA HADAPAN blog anda.

Boleh dikatakan semua jenis blogger, wordpress dan sebagainya mempunyai setting ini, saya menyarankan supaya anda elakkan daripada menunjukkan terlalu banyak post artikel anda di muka hadapan. Sebagai contoh, anda boleh membandingkan jika anda menunjukkan 7 artikel di muka hadapan dengan 3 artikel sahaja. Anda lihat perbezaan masa yang diambil untuk loading web blog anda. Cubalah.

6. Pemilihan SERVER HOSTING yang terdekat atau mengikut TARGET.

Jika anda mengunakan blog wordpress (selfhost), saya mencadangkan sebelum anda membeli hosting, pastikan anda lihat siapa target pelawat anda? Jika market terbesar blog anda adalah orang Malaysia, jadi saya sarankan anda gunakan server hosting yang berada di Malaysia. Server hosting yang dekat dapat menjimatkan masa dan melajukan loading web blog anda.

Ada banyak lagi perkara yang boleh anda lakukan supaya blog anda lebih mudah untuk dilayari oleh semua pengguna internet. Buat masa ini, ini sahaja yang dapat saya kongsikan bersama dengan anda. Saya akan update pelbagai tips lagi untuk anda semua. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan