Selasa, 11 Mei 2010

AYUH JADI LUARBIASA


Apa khabar Anda?

Selagi masih bujang, masih muda, selagi tu masih kuat bekerja mencapai matlamat saya.
Saya ada matlamat yang nak dikejar, dah ditulis dan dibaca setiap hari.
Apa matlamat Anda?
Sama-samalah kita bekerja keras mengejar matlamat kita.
Hidup mesti ada sasaran, ada strategi dan dikuasakan sikap positif, barulah kita boleh bahagia, boleh berjaya.

Saya tak mahu jadi motivator Anda, saya mahu jadi kawan Anda. Sebagai kawan, saya mahu melihat Anda berjaya.

Kejayaan Anda merupakan kegembiraan terbesar buat diri saya. Lagipun, saya bukannya siapa-siapa, cuma orang biasa.

Saya mahu melihat Anda jadi orang luar biasa sebab dalam masa yang sama, saya juga akan terdorong jadi luar biasa. Macam Anda.

Kita sama-sama jadi luar biasa.
Tak ramai bertuah dapat berkawan ngan ribuan orang dalam masa yang sama.

Melalui blog ni, saya dapat berkawan dengan ramai orang sekaligus.

Saya cari,kumpul dan taip mana-mana artikel yang saya fikir boleh memberi manfaat kepada diri saya dan anda semua untuk dipaparkan diblog saya ni, dengan niat supaya pembaca lain dapat manfaat darinya. Bagi saya, itu semua pentanda saya ada tujuan hidup.

Sehingga ke hari ini saya masih banyak membaca buku motivasi dan memang menyukainya.

Sebab apa?

Sebab pertama, saya mahu majukan diri sendiri dalam kerjaya, kewangan, ibadah dan kekeluargaan.

Sebab kedua, saya mahu memajukan Anda, orang lain dan kawan-kawan saya.
Ilmu yang saya ada, saya kongsikan sebanyak mungkin.
Dengan mengongsikan ilmu, saya akan dapat mempelajari lebih banyak ilmu.
Buat masa ni saya mendalami ilmu kemanusiaan, psikologi dan ilmu minda.
Saya percaya apabila kita lebih pentingkan kemajuan orang lain dari kemajuan diri sendiri, dalam masa yang sama kita pun akan maju semaju-majunya.

Rezeki jadi murah, hidup jadi bahagia.

Bagi saya, saya buat semua kerja ‘free’ ni bukan sebab nakkan duit, sebab saya jadikannya sau bentuk ibadah.
Tiap kali melakukannya, rasa puas yang amat sangat.
Dari kepuasan tu, saya makin bersemangat membuat kerja-kerja ‘free’ di ketika yang lain.

Saya mahu berjaya, sebab tu sekarang ni saya tinggalkan nota-nota motivasi kat sini supaya Anda mendapat semangat yang saya ada – semangat nak berjaya.

Anda mungkin seorang pelajar universiti, seorang CEO, eksekutif, peguam, usahawan internet, blogger, suri rumah, kerani, pegawai tinggi, atau pelajar sekolah saja.

Walau siapapun Anda, saya percaya kita sama – nak berjaya dalam hidup, nak berjaya dalam apa yang kita usahakan. Tugas saya adalah untuk memberi semangat pada Anda, tugas Anda pula adalah untuk memberi semangat pada saya. Kunjungan Anda ke sini dah cukup untuk membuat saya bersemangat sentiasa.

Tulus dari hati, saya mengucapkan terima kasih yang amat sangat kerana Anda selalu berkunjung ke Selautanilmu.blogspot.com.
Moga hidup Anda dibahagiakan, rezeki Anda dimurahkan. Amin…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan