Rabu, 19 Mei 2010

CORETANKU



Seawal jam 7 pagi aku dah pun 'on ' tv.Rancangan Tanyalah Ustaz menjadi kegemaranku sepanjang tempoh berpantang ni memandangkan jika sebelum ni, waktu tu aku sibuk bersiap-siap untuk ke ofis sementara anak-anakku pula sibuk bersiap untuk ke sekolah.


Bilaku ingat kembali tajuk pagi tadi iaitu 'Muhasabah Diri', maka aku termenung seketika. Aku merenung dan menyemak kelemahan diriku satu persatu. Ya, aku ni seorang yang kurang sabar.


Karenah anak-anakku yang seramai 3 orang (Tidak termasuk baby baru) kerapkali menguji kesabaranku sebagai seorang ibu yang bergelar 'Umi'. Berulangkali aku cuba menjadi seorang yang sabar dalam menangani karenah mereka tapi kerapkali juga aku tewas.


Walaubagaimana susah sekalipun aku akan berusaha sedaya upaya untuk memupuk dan menanam benih-benih sabar dalam diriku agar aku berjaya menjadi seorang umi yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi bermula dari hari ini dan hari-hari mendatang. InsyaAllah..Moga aku berjaya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan