Selasa, 2 November 2010

ETIKA PENGURUSAN DIRI

Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah
anda tidak mempunyai cita-cita untuk mencuba.

1. Mempunyai tujuan hidup

Kenal pasti tujuan hidup sebenarnya. Matlamat peribadi hendaklah sama
atau selari dengan matlamat organisasi supaya wujud matlamat hakiki
yang membawa kepada kebahagian diri dan bersesuaian dengan organisasi.
Setiap matlamat yang dibentuk hendaklah yang khusus dan jelas.

2. Menjaga harga diri.

Setiap manusia itu mempunyai harga diri yang tersendiri. Kita
seharusnya berasa puas hati di atas kejayaan kita. Setiap kejayaan
yang diperolehi hendaklah dibanggakan dalam keadaan tenang. Tidak
perlu perasaan ego atau membangga diri setelah setiap kejayaan
diperolehi. Untuk menjamin kita dapat mengekalkan harga diri yang baik
hendaklah tanamkan sifat ingin manjadi insane yang positif.

3. Sabar.

Orang yang tiada keyakinan biasanya kurang sabar. Setiap yang kita
lakukan tidak semestinya dapat dicapai kejayaan dalam waktu yang
singkat. Orang yang mempunyai keyakinan diri biasanya tertumpu kepada
masa kini dan sebotaj masa depannya. Kita janganlah mengharapkan
sesuatu penghargaan itu dating dengan segera apabila kita melakukan
sesuatu dengan baik. Ia akan datang dengan sendirinya tanpa
minta-minta.

4. Bentuk sifat ingin meneroka.

Keingan untuk meneroka sesuatu yang baru akan membentuk sifat kreatif
dan inovatif dalam diri. Kita selalu beranggapan bahwa apa yang kita
tahu adalah benar, sebab itu kita sentiasa mempertahankan apa yang
kita tahu. Sedangkan kita sepatutunya tahu bahawa tidak semua perkara
yang kita tahu adalah benar.

5. Mempunyai ketekunan dan ketabahan.

Setiap sesuatu yang dilakukan memerlukan ketekunan dan ketabahan.
Musuh utama dalam usaha kita mencapai sesuatu kejayaan adalah
kebosanan. Begitu juga dengan komitmen dan minat yang mendalam apabila
melakukan sesuatu yang akan membawa kepada kejayaan.

6. Perspektif kendiri

Seseorang individu seharusnya mempunyai pandangan dalaman iaitu
melihat dari dalam diri apakah perkara yang dilakukan sesuai dengan
prinsip diri dan etika yang telah dibentuk. Di sambping itu individu
tersebut harus juga melihat perspektif yang lain terhadap dirinya
mengenai sesuatu perkara. Kita juga harus mengenalpasti keutamaan
dalam sesuatu situasi. Kita juga harus menpunyai pemikiran ke hadapan.

7. Membentuk sifat merdeka.

Kita perlu membentuk sifat merdeka dalam membuat sebarang keputusan.
Kita tidak seharusnya terkongkong dengan pemikiran tertentu dalam
membuat sebarang keputusan. Namun begitu pandangan dan pendapat orang
lain harus dipertimbangkan dalam membuat keputusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan