Isnin, 1 November 2010

TAKUT UNTUK BERJAYA

Perasaan takut dan bimbang menyebabkan peluang yang terbentang luas dipersia-siakan. Setiap orang tanpa disedari oleh diri masing-masing, sememangnya mempunyai kemampuan, bakat dan potensi tertentu. Sayangnya semua keistimewaan ini akan terkubur bersama-sama dirinya jika dia takut untuk mencubanya. Alangkah rugi orang sebegini.

Jika Anda ada perasaan takut untuk berjaya, Anda ibarat seekor katak di bawah tempurung. Anda takut untuk membuka tempurung itu, keluar darinya lalu mendepani realiti yang terbentang di depan mata Anda. Anda lebih selesa bersembunyi. Kita semua ada tujuan hidup masing-masing. Tidak mungkin kita lahir di dunia jika kita tidak melaksanakan sesuatu.

Mulai hari ini, usah takut untuk berjaya. Anda boleh memulakan usaha langkah demi langkah, dari kecil-kecil dulu. Kejayaan yang besar, sebenarnya bermula dari kejayaan-kejayaan kecil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan