Isnin, 1 November 2010

Skim Cepat Kaya: Antara Fantasi dan Realiti

"Kebelakangan ini banyak beria tentang serbuan ke atas syarikat syarikat yang dikatakan menjalankan skim cepat kaya oleh BNM.

Kemajuan
teknoloji maklumat menyebabkan skim ini menjadi lebih canggih dalam
memperdaya orang ramai. Kalau dulu kita dengar nama Pak Man Telo,
tetapi sekarang ini banyak sangat syarikat dikatakan melaksanakan skim
ini dengan beselindung disebalik nama nama syarikat yang menjalankan
berbagai perniagaan.

Dalam segala hal, skim yang
diiklankan itu menawarkan pulangan yang amat tinggi pada setiap hujung
bulan dan bakal pelabur mudah dibawa ke alam fantasi untuk mendapat
kemewahan yang bila difikir fikirkan secara lojiknya memang tak masuk
akal akan tetapi pulangan pelaburan itu yang terbayang di benak
fikiran, maka yang rasionalnya akan hilang dan akhirnya syarikat atau
penganjur yang kaya dan pelabur akan menjadi kayap.

Dalam hal
begini , mana silapnya? Siapa yang harus di persalahkan? Saya
berpendapat ada beberapa pihak yang bertanggungjawab menjadikan
syarikat ini dapat beroperasi.

Antaranya sudah tentu pengusaha
yang dibantu oleh agen agen yang juga dikenali sebagai runner dan
runner inilah jadi tempat penggantungan penganjur untuk memperdaya
orang ramai ini kerana runnerlah yang mempromosi kan skim ini kepada
orang orang yang mereka fikir boleh membantu dia dalam mempromosi skim
ini, Yang pasti runner sendiri tidak memasuki skim ini cuma mendapat
komisyen dan bayangkan kalau pelaburan melalui seseorang runner itu
mencecah nilai dalam belasan juta ringgit malaysia, sudah tentu
komisyennya juga besar, tetapi bila timbul masalah pengusaha sudah ada
duit, runner sudah dapat komisyen ratusan ribu ringgit , yang tergapai
gapai adalah pelabur yang telah diperdaya. Bagi pengusaha lagi banyak
pelaburan diperolehi daripada runner lagi cepat wang dapat dikumpul,
dan bila wang diperolehi sudah melimpah ruah pengusaha gunakan wang itu
macam wangnya sendiri, tiada siapa yang mengawal selia.. Bayangkan
paling kurang puluhan juta ringgit wang pelabur berada dalam tangan
penganjur dan bila bila masa penganjur boleh menghilangkan diri.


Penganjur
SCK ini pula, ada yang lebih berani menonjol kejayaan mereka dengan
menyatakan mereka telah memiliki berjenis jenis perniagaan melalui
media massa dan ini sudah tentu menambahkan lagi keyakinan bakal
pelabur. Wal hal mereka sebenarnya dengan sewenang wenangnya
menggunakan wang pelabur melalui syarikat induk yang jadi mesen duit
kepada mereka. Mereka dikatakan mampu membina jaringan perniagaan yang
berbagai bagai.

Bank juga merupakan
intitusi yang membantu kemajuan syarikat syarikat ini, ini kerana semua
transiksi adalah melalui bank, sepatutnya bank juga harus berperanan
untuk elakkan orang ramai diperdaya dengan memantau keluar masuk wang
mencurigakan , misalnya bank perlu perhatin terhadap akaun yang
mencurigakan yang mana aliran keluar masuk akaun melibatkan puluhan
ribu ringgit pada setiap masa dan boleh dikatakan SCK ini sangat
Berjaya melakukan aktiviti mereka dengan adanya bank.

Media
massa juga memainkan peranan kerana mempromosikan bisnees SCK ini
melalui laporan laporan dalam terbitan mereka. Dan dalam era ledakan
teknologi maklumat; internet telah diguna pihak penganjur SCk serta
runner, mereka menggunakan segala ruang yang ada untuk menonjolkan
perniagaan mereka.. Mereka berbuat demikian kerana pihak berkuasa tidak
memantau aktiviti mereka melalui internet ada pula penganjur semestinya
menggunakan wang pelabur mengadakan seminar menerangkan perniagaan
mereka secara terbuka dan ada juga mengadakan perjumpaan hari raya dan
memberikan wang raya kepada anak anak pelabur mereka yang hadiri
perjumpaan itu


Bank Negara Malaysia pula
bertindak selepas menerima aduan itu pun selepas berpuluh ribu telah
melabur sebaiknya BNM pantau tanpa perlu menunggu aduan ini kerana
siasatan hanya setelah menerima aduan menyebabkan lebih ramai orang
yang akan terpedaya dan dari aspek penyisatan pula BNM harus memfokus
kepada masalah dihadapi pelabur , utamakan dalam hal memulangkan wang
pelabur dan pelabur rasanya tidak membantah jika BNM kenakan charge
keatas urusan pemulangan wang pelaburan mereka dan lagi jangan pula
dalam membuat keputusan sama ada daripada Jabatan Peguam Negara mahupun
BNM tindakan diambil adalah merampas wang pelabur dan kiranya tindakan
sedemikian diambil pelabur boleh dikatakan berada dalam keadaan
terlepas daripada mulut harimau masuk ke mulut buaya dan jika ini
berlaku;


Realitinya adalah penganjur
tidak rugi apa apa kerana wang yang mereka miliki adalah wang orang
ramai dan bagi pelabur yang mana kedapatan daripada mereka yang
terlalu yakin dengan segala tipu daya penganjur telah membuat pinjaman
bank dan menghadapi masalah kerumitan kewangan dan mungkin membawa
kepada masalah kekeluargaan ataupun rumah tangga dan BNM pula mengambil
masa yang panjang untuk menyiasat . Apalagi diharap pelabur akaun
syarikat SCK dibeku BNM.Dan keadaan ini boleh disamakan dengan
peribahasa kita yang berbunyi “burung terbang dipipiskan lada”,
“mendengar guruh di langit air di temapayan dicurahkan” dan akhirnya
bagi menunggu buah yang tak jatuh”."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan