Isnin, 1 November 2010

Bagaimana fikiran Negatif
Menghalang Anda Dari Mencapai Matlamat


Fikiran negatif boleh menghalang Anda daripada terus menerus berusaha mencapai matlamat. Fikiran negatif akan mula timbul bila Anda tidak berpuas hati terhadap sesuatu, sakit hati pada sesuatu, marah, geram atau tertekan disebabkan oleh sesuatu. Jika Anda susah nak mengubah fikiran negatif tersebut, maka akan jadi susahlah Anda untuk mencapai matlamat Anda.

Seseorang yang berfikiran negatif sentiasa menganggap matlamat yang telah ditetapkan amat sukar untuk dicapai. Dia enggan membuat imaginasi dan bersikap positif, bahkan kekal bersikap negatif. Dia lebih menilai halangan dan masalah yang bakal timbul daripada memikirkan faedah yang boleh diperolehi dan dimilikinya. Kesan daripada itu, dia tidak akan dapat melihat peluang yang tersirat di sebalik halangan-halangan yang timbul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan