Selasa, 23 Mac 2010

Doa Murah Rezeki


Menjadi kaya bukan bererti berapa banyak pendapatan bulanan anda. Tetapi, sebenarnya, bererti berapa banyak anda boleh menyimpan dan melabur pendapatan anda tersebut. Seseorang yang berpendapatan RM10,000 sebulan jikalau berbelanja RM9,500 sebulan sudah tentu tidak sekaya seseorang yang berpendapatan RM3,000 sebulan tetapi mempunyai tabiat berbelanja RM1,500 sebulan dan melaburkan bakinya. Betul tak?

Berikut adalah 3 cara bagai mana anda dapat pastikan menambahkan pelaburan bulanan anda:
Pay Your Self First:
Apabila mendapat gaji bulanan atau sebarang pendapatan, simpankan 10% daripadanya ke dalam akaun simpanan anda yang berasingan atau laburkan wang tersebut ke tempat yang memberi anda pulangan yang baik. Wang 10% ini adalah untuk simpanan masa hadapan dan jangan disentuh. Gunakan baki 90% dari pada gaji anda untuk perbelanjaan bulanan seperti bayaran bil, kad kredit, makan minum, hiburan dan lain lain. Cara ini memastikan anda dapat menyimpan dan melaburkan sebahagian dari gaji anda setiap bulan. Ingat! Sentiasa dahulukan simpanan!

Compound Interest:
Mulakan pelaburan anda sekarang! Jangan ditangguh-tangguh. Walaupun anda memulakan pelaburan anda dengan menetapkan RM100 sebulan dan anda mulakan pelaburan anda sekarang, ia dapat memberi kesan yang positif untuk jangka masa yang panjang berbanding dengan rakan anda menunggu 1 tahun dari sekarang dan menetapkan simpanan RM200 sebulan, dalam masa 20 tahun dari sekarang, walaupun anda tidak menambah pelaburan RM100 sebulan, pasti jumlah baki pelaburan anda adalah lebih dari rakan anda! Lihatlah perbezaan ini! Jangan jadikan tempat pelaburan anda sebagai tempat keluar masuk wang!

Dollar Cost Averaging:
Amalkan sikap melabur. Bagi bumiputera, ASB patut dijadikan pilihan pertama oleh kerana ia "mudah dan terjamin" (Mengikut fatwa, menyatakan pelaburan ini bercanggah dengan ajaran Islam). Dengan menetapkan satu jumlah tertentu untuk dilaburkan pada setiap bulan (sebagai contoh, RM100 setiap bulan selama setahun), berbanding dengan melaburkan satu jumlah besar pada bulan-bulan yang tertentu dan tidak melabur pada sesetengah bulan (sebagai contoh, melabur RM200 pada bulan March, RM300 pada bulan Julai dan RM500 pada bulan November) anda dapat meraih keuntungan dividen yang lebih secara keseluruhan. Sentiasa masukkan simpanan, jangan buat pengeluaran!

Kalau anda berjaya menyimpan RM200,000 anda tidak perlu risau lagi untuk memiliki rumah besar dan kereta besar! Jadi apa impian anda? Mulakan pelaburan hari ini! Moga dengan 3 tips pelaburan ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam dunia pelaburan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan