Rabu, 24 Mac 2010

Celik Kewangan bagi Wanita

Mengapa wanita perlu berdikari dalam soal kewangan?Wanita patut membina matlamat untuk mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan tidak bergantung kepada lelaki. Hakikatnya, jangka hayat wanita kini lebih panjang berbanding lelaki dan biasanya wanita hidup dalam kesempitan selepas bersara kerana kurang persediaan. Lazimnya wanita berpendapatan lebih rendah dan wanita juga kurang membuat pelaburan. Ini bermakna wanita mendapat kurang ganjaran pencen dan faedah persaraan. Oleh itu, penting bagi wanita untuk belajar mengawal cara berbelanja dan menyedari bahawa menguruskan wang adalah sama penting dengan mendapatkan wang.

Mengapa wanita perlu mempunyai pengetahuan mengenai kewangan? Kebanyakan wanita berasa bahawa mereka tidak begitu memahami soal kewangan peribadi kerana mereka tidak begitu pandai matematik. Mereka lebih konservatif dan takut untuk membuat keputusan dalam soal kewangan. Dan jika ragu-ragu, mereka lebih cenderung berdiam diri.

Pengetahuan mengenai perkara yang membabitkan kewangan dapat membantu anda lebih cekap membuat keputusan. Pengetahuan itu juga mengurangkan kemungkinan anda melakukan kesilapan dan tertipu, di samping itu anda dapat belajar membezakan antara keperluan dan kehendak anda. Anda akan lebih memahami jenis produk pelaburan yang berbeza di pasaran, teknologi baru dan kemajuan dalam perkhidmatan kewangan,

Dengan menjadi orang yang celik kewangan, wanita boleh memperbaiki kualiti hidup mereka melalui amalan tatalaku pengurusan yang lebih kukuh, membuat keputusan yang tekal dengan nilai-nilai mereka dan lebih peka terhadap hak dan tanggungjawab mereka. Wanita mempunyai keupayaan untuk belajar dan memperoleh pengetahuan serta kemahiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan