Jumaat, 29 Jun 2012

PERSIAPAN MEMASUKI RAMADHAN

Share Assalamualaikum wbt, buat tuan / puan yang dirahmati Allah dan disayangi Nabi.

Alhamdulillah, kurang dua bulan lagi kita akan memasuki bulan Ramadan 1433H, satu bulan yang dinanti-nanti penuh harapan kehadirannya dan ditangisi bila ia meninggalkan kita. Besar harapan setiap muslim agar kesempatan menjalani Ramadan sentiasa menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Apa-apa perkara yang ingin kita lakukan, pasti kita akan melakukan persiapan awal. Contohnya, jika kita tahu kita ingin mengadakan majlis keramaian, kita akan mula bersiap sedia daripada hari ke hari. Kita mengambil tumpuan yang lebih untuk memastikan masjlis berjalan dengan lancar. Kita juga akan mengambil berat secara terperinci hal-hal yang walau kecil, tapi signifikan dalam memastikan majlis tersebut tidak rosak atau cacat.

Sama halnya dengan Ramadan. Jika kita sedar kehadirannya semakin hampir, maka persiapan awal perlu dilaksanakan.

Sebagai persiapan awal, mari kita buat perancangan persediaan memasuki Ramadan. Mulakan kehidupan seharian seperti kita menjalani Ramadan nanti. Senarai semak perancangan ini sekadar sebagai panduan, tuan / puan boleh menambah amalan persediaan tersebut:-

1. Tingkatkan puasa sunat.

2. Mula biasakan bangun sahur.

3. Susun jadual untuk awal berbuka puasa.

4. Sesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang panas.

5. Meningkatkan kawalan emosi, pengurusan marah dan tekanan kerja.

6. Tambahkan kekerapan membaca al-Quran.

7. Biasakan bangun 30 minit sebelum Subuh untuk Qiam walau dua rakaat.

8. Senaraikan doa-doa ma’thur untuk diamalkan ketika Ramadan.

9. Membanyakkan sedekah.

10. Jauhi perkara yang boleh mengurangkan keberkatan puasa.

11. Banyakkan beristighfar dan memohon keampunan kerana Ramadan adalah bulan pengampunan dosa.

12. Biasakan berjemaah di masjid untuk persediaan Solat Terawih.

13. Menyediakan perbelanjaan harian untuk mengelak pembaziran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan