Jumaat, 29 Jun 2012

PANDUAN MEMILIH BEG TANGAN SESUAI KEADAAN :

1. MAJLIS MAKAN MALAN EKSLUSIF DAN MAJLIS PERKAHWINAN
  • Gaya ke majlis yang bersifat rasmi seperti ini perlulah ringkas namun bercitarasa tinggi. Pilihan beg tangan perlulah tampak mewah dan bersesuaian dengan penampilan kita.
  • Beg tangan jenis clutch atau genggam (tanpa tali penyandang bahu) cukup memadai untuk digayakan.
  • Pastikan barangan yang dibawa tidak keterlaluan. Cukuplah sekadar kad pengenalan, kad kredit dan telefon bimbit selain alat solek asas seperti bedak padat dan gincu bibir.
2. PEJABAT DAN BERTEMU PELANGGAN
  • Pilihan beg haruslah berkualiti dan rekaan yang tidak keterlaluan sesuai dengan personaliti kita sebagai wanita berkerjaya.
  • Bagi memudahkan barangan penting dibawa dan memudahkan anda menyimpan beberapa barangan keperluan bekerja, pastikan beg tersebut bersaiz sederhana besar misalnya dari jenis gladstone.
  • Beg yang dipilih juga perlu mempunyai beberapa poket kecil di dalam dan luar agar kita dapat menyimpan dan mengeluarkan barangan dengan mudah.
  • Rona natural jenis licin atau berpaten dengan gaya sandang di bahu kelihatan lebih ideal untuk digayakan.
3. KASUAL DAN SANTAI
  • Untuk gaya kasual dan santai, pilihlah beg tangan bercorak ranggi, berlabuci, berzip atau berpaten. Pilihan rona yang yang ceria dan bercorak akan membuatkan penampilan anda lebih segar dan memikat.
  • Pilihan beg bersaiz besar jenis kanvas atau denim cukup sesuai digayakan kala bersiar-siar. Bagi mengelakkan ketidakselesaan, elakkan daripada mengisi terlalu banyak barangan sehingga terasa berat di bahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan