Rabu, 27 Oktober 2010

Masa Kerja, Buatlah Kerja Bukan Buat Yang Bukan Kerja

Malas adalah penyakit orang yang bekerja. Terutama pada waktu tengahari selepas waktu makan, atau waktu lunch orang ofis kata, time itulah malas mula menyerang.

Pepatah Melayu lama ada sebut, tegang urat perut, kendur urat mata. Bila perut dah kenyang, tangki dah penuh, mata akan mula jadi mengantuk. Bukan mengantuk yang ala kadar, ni kaw-kaw punya punya mengantuk. Dahsyat gile! Macam nak ingat bantal, terbayang enaknya tidur di depan mata.

Penyakit halus kebanyakan pekerja yang sedang bekerja adalah malas. Masa bekerja, mereka buat kerja yang bukan kerja mereka. Tolong siapkan kerja kawan (sebab kerja sendiri dah siap) itu tak apa, sikap cemerlang, bagus dan hebat sekali. Jarang orang bekerja ada sikap camtu.

tapi, cemana pulak kalo dia buat kerja yang bukan kerja dia? Misalnya, tugas dia jadi receptionist. Time tak ada tetamu datang, dia berchat guna line internet ofis, dia menyanyi-nyayi ikut lagu dalam video YouTube, dia baca kisah-kisah cinta dalam laman web cerita pasal cinta. Kekadang layan drama online kat Gua.com.my

Ada tak orang camni? Ada. Memang ada. Wujud dan bernyawa! Sebab apa dia camtu? Sebab dia malas buat kerja yang sebenarnya bersangkut paut dengan kerja dia walhal itu adalah masa kerja dia. Pendek kata, masa kerja, buatlah kerja yang dah memang kerja kita atau kerja-kerja yang bersangkut paut dengannya.

Bila Anda malas bekerja, itu maknanya rezeki Anda kurang halal, sebab Anda melakukan perkara yang Anda tak dibayar, dilakukan tanpa pengetahuan dan izin daripada majikan Anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan