Selasa, 8 November 2011

PERCUTIAN KE JAKARTA DAN BANDUNG

22.10.2011 (Sabtu)


Di balai berlepas sementara menunggu flight kami. Dalam excited nak ke Indonesia, aku boleh lupa yang pasport aku tamat tempoh pada 23 April 2012. Means start tomorrow aku dah x leh ke luar negara..Nasib baik hari ni lepas lagi..lalalala



Berposing lagi dalam flight.. Perut lapar, tapi nak makan dalam flight ni mahal la pulak..Telan air liur je la, tgk Effa makan.

Landing dengan selamatnya di Bumi Jakarta. Pak Supir tengah pi ambik keta, so kita ambik gambar dulu.

Sempat lagi ambik gambar dalam avanza ni..




Hari Kedua - 23.10.2011 (Ahad)

7.30 pagi hingga 11.00 pagi


Kul 7.30 pagi, Pak Supir dah datang pick up we all kat hotel, terus ke Pasar Gasibu..




Bergambar kenangan di Pasar Gasibu sebelum acara membeli belah bermula. Lebih kurang cam pasar malam kalau kat Malaysia. Tapi aku suka la pasar cam ni sebab barang-barang kat sini suma murah2 dan cantik2..SUKANYA!!!!


Kalau ikutkan hati, nak je borong semua barang kat sini..murah yg amat..sampai tak cukup tangan nak membimbit. Toleh kanan nak, toleh kiri nak..suma nakkkkk la...Akibatnya tangan penuh dengan plastik bag.

Sekitar pemandangan di Pasar Gasibu.


Sementara tunggu pak Supir datang, sempat jugak la posing kat sini. Barang-barang letak kat tepi dulu ya..

Pengangkutan penduduk di kota Bandung. Namanya ialah Angkutan Kota. Kat Jakarta takde benda ni.



11.00 pagi hingga 2.30 petang : Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Bandung



Ini la dia APV yang di sewa oleh kami sepanjang perjalanan untuk hari kedua ni..selesa sungguh.. Besar di dalamnya..

Inilah dia kawah gunung berapi. Bau belerang sungguh kuat menusuk hidung kami..busuk!!!uwek!!!! Nasib baik la kawah ni tak aktif, kalau tak ..tak pasal2 kitaorang jadi debu kat sini..Alhamdulillah..


Pemandangan atas Gunung Berapi Tangkuban Perahu

 
Antara barang jualan yang diperdagangkan.. walaupun ada signboard dilarang berniaga tapi tetap berniaga gak..huhuhu



Bergambar kenangan ngan kawan-kawan di puncak gunung Tangkuban Perahu. Nak ambik gambar ni pun kena tunggu giliran. Ramai sungguh manusia kat sini.


Tiap kali datang, sure ambik gambar kat sini..hahahaha.


Shopping di Tangkuban Perahu..Sejuknya...

2.30 petang hingga 5.00 petang : Pasar Baru, Bandung

 

2.30 petang sampai kat Pasar Baru. Shopping kain sulam kat sini..Giler jadinya bila tengok macam-macam design yang lawa-lawa. Sempat beli beg besar kat sini sebab muatan dah terlebih la..3 kali datang Indonesia, 3 kali jugak la beg aku beranak.. Dah jadi cam kedai beg dah kat umah..Shopping kat sini sampai semua kedai dah tutup. Gelap gelita jadinya...Awal pulak diorang ni tutup kedai kan..
7.00 malam hingga 8.30 malam : Toko 3

 

Setelah selesai shopping kat Pasar Baru. Kami ke Toko 3 (Kedai jeans ori), temankan kawan yang nak memborong jeans..Aku tak beli apa-apa pun, cuma tengok2 je..Tengah jalan-jalan kat luar kedai, ada penjual cincin dtg nak jual cincin. Cantik-cantik..Sempat la beli untuk adik ku yang dua orang tu.
9.00 malam hingga 10.00 malam : Heritage

Bergambar jap kat luar Heritage, kaki dah lenguh la asyik jalan tak henti-henti sepanjang hari.

Bergambar kenangan dgn kengkawan di depan Heritage. Diorang ni je yang shopping sakan kat sini, aku tak beli apa-apa pun..budget dah habis la..uhuk,uhuk,uhuk.

Makan malam kami ialah Bakso special + coke area kat Heritage..Sedap hingga menjilat sudu..Pedas gilerr sampai meleleh-leleh hingus..Fuhhh

Hari ke3 (24.10.2011) Isnin

Bangun pagi-pagi, terus pi breakfast..best woo..




Menu sarapan pagi hari kedua di Hotel Patradisa. Nasi Uduk + telur kari+ mee goreng + keropok manis

7.00 pagi hingga 10.00 pagi : Perjalanan dari Bandung ke Jakarta

10.00 pagi hingga 3.00 petang : Tanah Abang,Jakarta

Kul 7 pagi dah bertolak balik ke Jakarta dengan Pak Supir. Terus ke Tanah Abang lagi utk shopping sebelum ke Airport. Apa-apa pun sebelum agenda shopping bermula, jom isi perut dulu..Makan kat food court Tanah Abang.

Menyelerakan sungguh lauk pauk ni.


Masa shopping diberi ialah bermula kul 11 tengahari hingga 3 ptg sebelum ke airport. Aku shopping sorang2 kat Tanah Abang, berpecah dengan kengkawan sebab kena cari banyak barang lagi yang orang kirim. Tak sempat pulak nak ambik gambar aku. Layan je la gambar kengkawan ni ya.

3.00 petang hingga 7.00 malam : Soekarno Hatta International Airport

Jeng,jeng,jeng...Inilah hasil tuaian setelah 3 hari 2 malam di bumi Jakarta dan Bandung.

Harap-harap tak access baggage 30kg yang telah dibeli online.hehehe

7.00 malam hingga 9.30 malam : Flight delay




Flight delay la pulak dari Jakarta ke Malaysia. Jenuh menunggu 1 jam 30 minit. Tapi mujur la member ada bawak laptop, so layannn je la...Apa apa pun, dalam bosan menunggu tu sempat jugak le posing.

Setelah 1 jam 30 minit, sekarang masa untuk pulang ke Malaysia, tanahairku tercinta.

Flight QZ7696 Soekarno Hatta International Airport


Inilah wajah-wajah cun yang kepenatan shopping.

Selasa, 4 Oktober 2011

Korang pernah rasa mata berkenyit kenyit....makan terserdak.... ( tanda ada orang panggil kita )

Jika nak tahu,...

PERGERAKAN TUBUH DAN ALAMATNYA:
KELOPAK MATA ATAS KANAN BERGERAK-beroleh kewangan
KELOPAK MATA ATAS KIRI -melihat perempuan
KELOPAK MATA ATAS KIRI BERGERAK-anda akan berjalan jauh
KELOPAK MATA BAWAH KANAN -hendak menangis
EKOR MATA KANAN BERGERAK-menerima kedatangan org jauh
EKOR MATA KIRI -mendapat sedikit kepayahan
BIJI MATA KANAN BERGERAK-akan menangis dalan bercinta
BIJI MATA KIRI -gembira dihati
KENING KIRI BERGERAK-beroleh kelapangan
BIBIR ATAS BERGERAK-anda akan bergaduh/berbalas balas jawap dgn seseorg
BIBIR BAWAH -ada org sedang mengata/mengumpat pasal anda
SIKU KANAN BERGERAK GERAK-beroleh kebahagiaan
SIKU KIRI -org yg mengasihi kita akan datang
BAHU KANAN BERGERAK GERAK-harta akan datang kpd kita
BAHU KIRI -bakal berjumpa pembesar/ketua
PIPI KANAN BERGERAK-alamat sakit mata
PIPI KIRI-sentiasa bahagia

Khamis, 2 Jun 2011

Khamis, 28 April 2011

MIMPI DIKEJAR ULAR





Dah lama aku tak menulis kat blog aku ni. Maklumlah...sibuk dengan business dan juga keja ofis yang melambak-lambak. Tetiba hari ni rajin pulak nak menulis, hehehe...

Pagi tadi terlambat bangun tido..pastu lambat sampai ofis (nasib baik punch card x merah,lagi 3 minit nak pukul 8). Puncanya ialah subuh tadi aku bermimpi lagi mimpi yang sama...Mimpi pasal ular !

Kalau dalam tahun 2010, mimpi ular ni muncul kalau x silap dalam 5 atau 6 kali..macam2 versi mimpi ular, tapi mimpi ular yang paling menakutkan ialah aku dipatuk ular anaconda..huh! waktu terjaga tu pun masih terasa patukannya. Kalau anak dara yang mimpi dipatuk ular orang tua-tua kata akan dipinang orang. Tapi kalau aku ni yang dah berkahwin dan ada 4 orang anak apa pulak ya? pelik2..

Masuk tahun 2011, ingatkan mimpi ular ni dah x muncul, tapi for the first time mimpi tu muncul subuh tadi..entah apa la alamatnya...mimpi tu kan mainan tidur.. Subuh tadi aku mimpi ternampak seekor ular sawa yang sangat besar kat luar tingkap rumahku sedang cuba sedaya upaya nak masuk..aku cepat-cepat berlari ke tingkat atas untuk menutup tingkap tu..tapi nampaknya x sempat..ular tu dah masuk melalui tingkap,menyorok di sebalik mainan anakku dan cuba untuk mengejarku..aku terus berlari ke bawah tapi ular tu asyik follow je...aduh!!! penat sungguh lari naik turun tangga...tup2 terjaga kul 6.10 pg tadi..rasa mengah sangat2 walaupun aku hanya bermimpi naik turun tangga tapi rasa cam real sgt2.

Itulah serba sikit mengenai mimpi aku..sekian.

Rabu, 6 April 2011


PERCUTIAN : BALIK KG (KELATE)
TARIKH : 1.4.2011 (Jumaat) - 3.4.2011 (Ahad)


Konvoi balik kelantan sempena Karnival Volkswagon 2011


Tumpang bergambar dengan kereta yang menarik perhatianku. (Cantik woo..kat dlm tu, full leather)


Adik aku pun tumpang sekaki gak...huhuhu

 

Bergambar beramai-ramai dengan family (Mak, adik, kakak, aku dan anak saudaraku).

Berhenti kejap tengok Karnival Volkswagon di Stadium Kota Bharu sebelum pi shopping kat bandar.


Adikku dengan keta kesayangannya yang dipertandingkan.

 


Mak dan anak saudaraku melaram ngan keta merah.



Mak dan kakak. Sama cantik (Come Sokmo)

 

View Pasar Siti Khadijah


Menu-menu yang dijual di atas Pasar Siti Khadijah. Hajat di hati nak makan udang galah, tapi xde musim...so makan ketam je la...





Adik dan Mak sedang menjamu selera.

Menu utama : Ketam masak sambal + Percik Perut + Gulai itik + Ayam Goreng. (Sedap Giler !!)



Kakak dan anak saudaraku sedang menjamu selera. Berselera sungguh..