PERCUTIAN KE JAKARTA DAN BANDUNG
22.10.2011 (Sabtu)
Di balai berlepas sementara menunggu flight kami. Dalam excited nak ke Indonesia, aku boleh lupa yang pasport aku tamat tempoh pada 23 April 2012. Means start tomorrow aku dah x leh ke luar negara..Nasib baik hari ni lepas lagi..lalalala
Berposing lagi dalam flight.. Perut lapar, tapi nak makan dalam flight ni mahal la pulak..Telan air liur je la, tgk Effa makan.
Landing dengan selamatnya di Bumi Jakarta. Pak Supir tengah pi ambik keta, so kita ambik gambar dulu.
Sempat lagi ambik gambar dalam avanza ni..
Landing dengan selamatnya di Bumi Jakarta. Pak Supir tengah pi ambik keta, so kita ambik gambar dulu.
Sempat lagi ambik gambar dalam avanza ni..
Hari Kedua - 23.10.2011 (Ahad)
7.30 pagi hingga 11.00 pagi
Kul 7.30 pagi, Pak Supir dah datang pick up we all kat hotel, terus ke Pasar Gasibu..
Bergambar kenangan di Pasar Gasibu sebelum acara membeli belah bermula. Lebih kurang cam pasar malam kalau kat Malaysia. Tapi aku suka la pasar cam ni sebab barang-barang kat sini suma murah2 dan cantik2..SUKANYA!!!!
Pengangkutan penduduk di kota Bandung. Namanya ialah Angkutan Kota. Kat Jakarta takde benda ni.
Kalau ikutkan hati, nak je borong semua barang kat sini..murah yg amat..sampai tak cukup tangan nak membimbit. Toleh kanan nak, toleh kiri nak..suma nakkkkk la...Akibatnya tangan penuh dengan plastik bag.
Sekitar pemandangan di Pasar Gasibu.
Sementara tunggu pak Supir datang, sempat jugak la posing kat sini. Barang-barang letak kat tepi dulu ya..
Sementara tunggu pak Supir datang, sempat jugak la posing kat sini. Barang-barang letak kat tepi dulu ya..
Pengangkutan penduduk di kota Bandung. Namanya ialah Angkutan Kota. Kat Jakarta takde benda ni.
11.00 pagi hingga 2.30 petang : Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Bandung
Ini la dia APV yang di sewa oleh kami sepanjang perjalanan untuk hari kedua ni..selesa sungguh.. Besar di dalamnya..
Inilah dia kawah gunung berapi. Bau belerang sungguh kuat menusuk hidung kami..busuk!!!uwek!!!! Nasib baik la kawah ni tak aktif, kalau tak ..tak pasal2 kitaorang jadi debu kat sini..Alhamdulillah..
2.30 petang sampai kat Pasar Baru. Shopping kain sulam kat sini..Giler jadinya bila tengok macam-macam design yang lawa-lawa. Sempat beli beg besar kat sini sebab muatan dah terlebih la..3 kali datang Indonesia, 3 kali jugak la beg aku beranak.. Dah jadi cam kedai beg dah kat umah..Shopping kat sini sampai semua kedai dah tutup. Gelap gelita jadinya...Awal pulak diorang ni tutup kedai kan..
7.00 malam hingga 8.30 malam : Toko 3
Setelah selesai shopping kat Pasar Baru. Kami ke Toko 3 (Kedai jeans ori), temankan kawan yang nak memborong jeans..Aku tak beli apa-apa pun, cuma tengok2 je..Tengah jalan-jalan kat luar kedai, ada penjual cincin dtg nak jual cincin. Cantik-cantik..Sempat la beli untuk adik ku yang dua orang tu.
9.00 malam hingga 10.00 malam : Heritage
Bergambar kenangan dgn kengkawan di depan Heritage. Diorang ni je yang shopping sakan kat sini, aku tak beli apa-apa pun..budget dah habis la..uhuk,uhuk,uhuk.
Makan malam kami ialah Bakso special + coke area kat Heritage..Sedap hingga menjilat sudu..Pedas gilerr sampai meleleh-leleh hingus..Fuhhh
Hari ke3 (24.10.2011) Isnin
Bangun pagi-pagi, terus pi breakfast..best woo..
Menu sarapan pagi hari kedua di Hotel Patradisa. Nasi Uduk + telur kari+ mee goreng + keropok manis
7.00 pagi hingga 10.00 pagi : Perjalanan dari Bandung ke Jakarta
10.00 pagi hingga 3.00 petang : Tanah Abang,Jakarta
Kul 7 pagi dah bertolak balik ke Jakarta dengan Pak Supir. Terus ke Tanah Abang lagi utk shopping sebelum ke Airport. Apa-apa pun sebelum agenda shopping bermula, jom isi perut dulu..Makan kat food court Tanah Abang.
Menyelerakan sungguh lauk pauk ni.
Masa shopping diberi ialah bermula kul 11 tengahari hingga 3 ptg sebelum ke airport. Aku shopping sorang2 kat Tanah Abang, berpecah dengan kengkawan sebab kena cari banyak barang lagi yang orang kirim. Tak sempat pulak nak ambik gambar aku. Layan je la gambar kengkawan ni ya.
3.00 petang hingga 7.00 malam : Soekarno Hatta International Airport
Harap-harap tak access baggage 30kg yang telah dibeli online.hehehe
7.00 malam hingga 9.30 malam : Flight delay
Setelah 1 jam 30 minit, sekarang masa untuk pulang ke Malaysia, tanahairku tercinta.
Flight QZ7696 Soekarno Hatta International Airport
Inilah wajah-wajah cun yang kepenatan shopping.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan