Isnin, 29 Ogos 2022

I'M BACK TO WRITE SOMETHING

 Sebenarnya baru nak try ok ke tak blog ni. Dah bersarang lama giler.
Doakan saya ye.

Khamis, 1 September 2016




Bersedekah tidak semesti dengan harta sahaja

Mungkin ramai di kalangan kita apabila disebutkan sahaja sedekah akan membayangkan ia perlu mengeluarkan sejumlah wang atau harta. Lalu sebahagian dari kita akan merasa sempit dada kerana mungkin tidak mampu untuk memberi atau mula memberi berbagai alasan. Sinonimnya kebanyakan dari kita sememangnya begitu kerana kelaziman manusia mempunyai sifat berkira atau kedekut. Kita disarankan berbuat begitu kalau untuk melakukan kemungkaran atau berbuat dosa.

Dikisahkan di dalam sebuah hadis riwayat Muslim di dalam Kitab Zakat, beberapa orang sahabat Nabi SAW telah datang menemui baginda SAW menzahirkan rasa cemburu terhadap golongan yang kaya. Mereka merasa cemburu kerana golongan kaya itu dapat membuat pahala yang banyak kerana mampu bersedekah dengan lebihan harta mereka. Lalu apakah jawapan Rasulullah SAW terhadap mereka? “Bukankah Allah telah menjadikan sesuatu untuk kamu yang boleh kamu sedekahkan? Sesungguhnya bagi kamu dengan setiap kali bertasbih (mengucap Subhanallah) adalah sedekah. Setiap kali bertakbir(mengucap Allahu Akbar) adalah sedekah . Setiap kali bertahmid (mengucap Alhamdulillah) adalah sedekah. Setiap kali bertahlil (mengucap La ilah illalLah) adalah sedekah. Ajak kebaikan adalah sedekah. Cegah kemungkaran adalah sedekah. Menggauli isteri adalah sedekah.” Para sahabat terkejut kerana memuaskan nafsu juga dianggap sedekah. Lantas baginda SAW bersabda: “Apakah pendapat kamu kiranya ia memuaskan nafsunya pada yang haram? Adakah ia mendapat dosa? Begitulah sebaliknya. Jika dia memuaskan pada yang halal, maka dia mendapat pahala.”

Sungguh indah agama ini. Sangat mudah untuk membuat kebaikan. Sangat mudah mendapat pahala kebajikan. Sesungguhnya pintu-pintu kebajikan sangat luas.Di mana-mana dan pada bila-bila masa kita boleh bersedekah.

*Tasbih, Tahmid, Takbir, Tahlil dan Melakukan Yang Halal
Sepertimana yang disebutkan di dalam hadis di atas, amalan bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlil adalah sedekah. Bahkan menggauli isteri juga adalah sedekah. Kerana apa? Kerana dengannya ia terpelihara dari perbuatan maksiat. Tambah-tambah lagi sekiranya ia berniat untuk mendapatkan zuriat yang soleh darinya. Niat telah mengubah adat menjadi ibadat. Hadis itu juga boleh memberi maksud, Allah mengganjari pahala pada apa sahaja perbuatan yang halal, Sangat mudah bukan untuk mendapat pahala? Pada hakikatnya bukan hanya amalan itu yang dianggap sedekah. Terdapat banyak lagi riwayat hadis yang menyatakan bentuk-bentuk sedekah yang lain, yang boleh kita lakukan hingga seolah-olahnya sepanjang 24 jam dalam sehari kita boleh melakukan pelbagai bentuk sedekah. Sekarang mari kita telusuri hadis-hadis di bawah untuk kita sama-sama merasai keindahan, kesyumulan dan mudahnya Islam.

*Nafkah Kepada Keluarga
Hakikatnya, setiap hari Allah telah menyediakan bagi hamba-hambanya ganjaran dan pahala kiranya digandingkan dengan keikhlasan dan niat yang baik. Bukankah setiap hari kita membelanjakan sesuatu untuk ahli keluarga kita? Di situ juga ada pahala sedekah yang Allah janjikan. Sabda Rasulullah SAW: Apabila seorang lelaki memberi nafkah kepada keluarganya dengan penuh pasrah mengharapkan redha Allah, maka baginya bernilai sedekah baginya. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah SAW juga ada bersabda; Sesungguhnya tidaklah engkau menginfakkan sesuatu dengan tujuan mencari redha Allah melainkan engkau akan mendapat pahala kerananya, bahkan makanan yang engkau suapkan ke mulut isterimu sekalipun. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

*Sedekah Dari Hasil Tanaman
Pernahkah kita tahu sekiranya binatang memakan hasil tanaman kita, kita mendapat pahala sedekah? Dalam hal ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: Mana-mana muslim yang menanam tanaman, apa sahaja daripada tanamannya dimakan, dia mendapat pahala sedekah. Apa sahaja dari tanamannya dicuri, dia mendapat pahala sedekah. Apa sahaja dari tanamannya dimakan binatang buas, dia mendapat pahala sedekah. Apa sahaja dari tanamannya dimakan burung, dia mendapat pahala sedekah. Dan apa sahaja daripada tanamannya diambil seseorang, dia mendapat pahala sedekah. (Hadis riwayat Muslim)

*Tidak Melakukan Kejahatan
Dikatakan juga sebagai sedekah apabila kita menahan diri dari melakukan kejahatan. Sabda Rasulullah SAW: Sekiranya dia tidak mampu melakukan kebaikan, dia hendaklah menegah dirinya dari melakukan kejahatan. Sesungguhnya ia adalah sedekah baginya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

*Membantu, Menasihat Serta Menggembirakan Saudaranya
Bahkan pada setiap perkara yang dibuat untuk menceriakan orang lain, memudahkan urusannya, mengajaknya ke arah kebaikan dan mencegah dari melakukan kemungkaran dan sebagainya, yang sangat mudah untuk dilakukan setiap hari, padanya Allah sediakan ganjaran. Sabda Rasulullah SAW: Senyumanmu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu. Kamu menyuruh melakukan kebaikan dan menegah kemungkaran adalah sedekah bagimu. Kamu memberi pandu arah kepada seorang lelaki yang tersesat di suatu tempat adalah sedekah bagimu. Kamu membuang batu, duri dan tulang di jalan adalah sedekah bagimu. Kamu menuang air dari timbamu untuk diisi ke dalam timba saudaramu adalah sedekah bagimu. (Hadis riwayat Tirmizi)

Maka dengan itu, tenanglah hati-hati mereka yang tidak punyai harta yang cukup untuk bersedekah kerana Allah telah menyediakan ruang yang sangat luas untuk mereka membuat kebaikan. Namun demikian, bagi yang mempunyai harta yang lebih, kiranya mereka bersedekah dengan harta mereka dan dalam masa yang sama mereka juga melakukan amal-amal kebajikan yang banyak, maka sesungguhnya ganjaran untuk mereka sangatlah besar. Itulah kelebihan yang telah Allah kurniakan buat mereka.

Antara pengajaran lain yang boleh kita ambil dari kumpulan hadis di atas ialah;
• Zahir hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa semua yang disebutkan adalah sedekah. Samada ia berbentuk perkataan atau perbuatan. Samada berbentuk harta mahupun bukan harta.
• Islam sangat mudah. Sedekah bukan hanya dengan harta. Bahkan dengan apa sahaja kebaikan yang kita lakukan dan apa sahaja kegembiraan yang kita berikan kepada oranglain. Bahkan ganjarannya adalah sama dengan ganjaran mereka yang bersedekah dengan harta.
• Melakukan sesuatu yang halal, padanya pahala sedekah.
• Sesiapa yang melakukan kebaikan tetap diberikan ganjaran pahala walaupun mereka melakukan tanpa tujuan dan niat sepertimana pahala yang diterima oleh seseorang yang hasil tanamannya dimakan burung atau dicuri orang.
• Ia juga menunjukkan bahawa Islam sangat menuntut umatnya supaya menjaga silaturrahim, memelihara dan menunaikan hak-hak sesama saudara. Hinggakan apa sahaja kebaikanke arah itu, dikira sebagai sedekah.

Untuk itu, marilah kita memperbanyakkan amal dan kebajikan untuk mengejar kelebihan-kelebihan yang Allah telah janjikan, dengan apa sahaja yang kita miliki dan apa sahaja yang kita mampu kerana Rasulullah SAW telah bersabda: Setiap perbuatan baik adalah sedekah. (Hadis riwayat Muslim)

Ehsan – Ustazah Suriani binti Sudi
Ahmad Irsha

Selasa, 23 Ogos 2016

AKU DAN PERIUK NOXXA

Assalamualaikum .
Teman-teman blogger aku sekalian..

Hari ni tetiba aku teringat kat blog aku yang dah bersawang dan berlalang ni. Lama sungguh x menulis. Jadual kerja yang padat ditambah pula dengan tumpuan untuk business aku, hinggakan aku lupa menulis.

Semalam aku baru je beli Periuk yang meletup-letup dan terlajak laris sekarang ni. Periuk Noxxa. Seronok sangat wei, dah la kawan aku bagi harga ahli, pastu boleh bayar ansuran bulan-bulan pulak tu. Ala...lebih kurang cam main kutu la. Tapi yang paling rare adalah bayar kali pertama terus dapat Periuk. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Awal tahun lepas tailor aku ada jugak dok citer pasal Periuk Serbaguna ni. Tapi pintu hati x terbukak la pulak waktu tu untuk beli. Dalam hati aku berkata, " Membazir je beli periuk tujuh lapan ratus, guna periuk murah pun menjadi jugak". Namun pesanan orang tua-tua, Jangan terlalu benci, nanti jatuh kasih!. Tup-tup aku boleh terjebak jugak dengan Periuk Noxxa ni.

Tentu korang tertanya-tanya camne la aku boleh tetiba suka pulak. Semuanya bermula pada Hari Raya Puasa yang lalu di Kelantan.....

Waktu tu aku stay kat umah kakak aku di Melor. Dia mintak aku tolong dia memasak untuk persiapan raya. Aku kata no hal. ok je, tambahan pulak memang aku pun suka masak. Setiba aku di dapur dia yang luas tu tetiba mata aku terfokus pada Periuk Noxxa yang cantik bergaya kat atas kabinet Nyatoh berwarna coklat. Aku terus pi usha-usha. Kakak aku, apalagi...terus bagitau 1001 kebaikan guna periuk ni siap dengan demo lagi. Aku tengok sambil telan air liur. fuhhh..hebat jugak peiuk ni. (hati kecil aku berkata-kata) dan mula mencongak-congak harga yang perlu aku bayar kalau aku nak beli. Tapi aku kata xpe la..aku nak simpan duit dulu.

Bila aku dah balik ke rumah aku sendiri di Selangor setiap hari aku google kot-kot ada sesape yang boleh bagi harga ahli tapi dengan ansuran bulanan. Cari punya cari, memang aku jumpa sorang atau dua orang yang boleh bagi harga camtu tapi semuanya jauh. So macam leceh la pulak aku nak berguru dan mengadu if anything happened. so hasrat aku terbantut lagi.

Until one day, sedang aku tengah baca update status kawan-kawan aku kat fb so ternampak status salah seorang kawan aku yang bgtau dia ada jual periuk Noxxa dengan harga ansuran. Apalagi, aku terus capai hp aku dan terus contact dia. Alhamdulillah kata sepakat berjaya dicapai dan semalam aku dah pun selesaikan bayaran 1st aku sebanyak RM200. Secara automatiknya aku terus dapat Periuk idaman aku, siap dengan free gift sekali berupa rak pinggan. SERONOKNYA!!! YAHOOO

Jumaat, 25 Disember 2015

PETUA JANTUNG SIHAT💖

💟 Mereka yang tidur 6 jam sehari - Risiko 18 peratus lebih tinggi terkena penyumbatan pembuluh darah berbanding mereka yang tidur 8 jam sehari.

💟 Tidur melebihi 9 jam sehari - Risiko penyakit jantung 37 peratus lebih tinggi.

💟 Berdasarkan kajian yang dikemukakan oleh pakar kesihatan iaitu Dr. Najib Ayas dari Womenis Hospital Boston, menganggap jam tidur cukup sebagai salah satu komponen penting dalam gaya hidup sihat.

💟 Kekurangan tidur dalam jangka masa pendek dapat mendatangkan masalah berikut:-
       🎈Meningkatkan tekanan darah
       🎈Meningkatkan hormon stress
       🎈Menurunkan kadar glukosa
       🎈Menyebabkan denyutan jantung tidak teratur
       🎈Meningkatkan risiko penyakit jantung

(Sumber : Mingguan Wanita Julai 2003)

Ahad, 20 Januari 2013




PERCUTIAN 2 HARI 1 MALAM DI HO CHI MINH, VIETNAM ( 7 HINGGA 8 JANUARI 2013)

7 JANUARI 2013 (ISNIN)


       Kul 6.30 pagi aku dah tiba di LCCT. Walaupun janji berkumpul kul 7.00 pagi tapi saje je aku datang awal becoz aku ni jenis yang tak suka rushing. Cool n Confident.hehehe.

       Sambil lepak2 depan MC D tu sempat la aku tengok gelagat orang2 kat situ. Ada yang masih tidur di kaki lima kedai jam,ada yang mundar-mandir depan aku tanpa arah tujuan (entah apa yg dicari pun aku x tau..hishh musykil sungguh!)

Dalam pada aku lepak tu sempat la aku snap foto ni.
Yg herannya..entah dari mana munculnya pakcik ni pun aku x tau..huhuhu


       Kul 7.15 pagi,semua kawan-kawanku sampai. We all berkumpul depan Old Town White Coffee, and then terus check in luggage. Thanks to Hairani kerana tolong check in tiket thru web di rumahnya jam 1 pagi sebelumnya. Flight we all jam 9.10 pagi, so setelah check in luggage we still have time to eat. We all breakfast jap kat Old Town White Coffee until 8.30 pagi kerana gate akan ditutup pada jam 8.50 pagi. Memandangkan our journey akan ambil masa 2 jam so aku order Nasi Lemak Special + air mineral yang Shafa tolong belikan. Ketua rombongan, Hairani dah bagitau siap2, sampai sana dah tak sempat nak makan sebab nak terus pi shopping Lepas masing-masing siap makan kami bergegas ke balai berlepas. Tengah2 tunggu pemeriksaan kastam tu terdengar pengumuman flight kami AK 1450 ke Ho Chi Minh akan berlepas. Apalagi...x cukup tanah kami berlari mengejar flight. Dah la aku pakai skirt labuh, dah rasa cam nak terburai dah..hahaha..dah la tangan pulak bawak bagasi. Thanks to Azie sebab tlg bawak lagi satu bagasi Kak Dieha ya. Apa pun Alhamdulillah sebab 7 of us selamat memasuki perut pesawat dengan selamatnya.

Sempat lagi snap gambar ngan Shafa (Teman sebilikku nanti)


Inilah rupanya Sungai Mekong yang terkenal tu ya...Dulu aku hanya belajar dalam subject Geografi je..Tak sangka dapat melihat dengan mata kepala sendiri. Alhamdulillah and Thank U Allah.


Ini pula ialah pemandangan udara Bandar Vietnam


  Sampai sana, lebih kurang kul 12 tengahari. Hujan renyai2 menyambut ketibaan kami bertujuh ke bumi Vietnam. Dalam hati aku tidak putus2 berdoa moga malam nanti hujan akan reda kerana berdasarkan pengalaman yg aku baca dari blog2, kalau hujan so Pasar Malam kat Ben Than tu xde.

Alhamdulillah, setelah 2 jam perjalanan, maka tibalah kami ke bumi Vietnam.
Inilah pemandangan di Airport Vietnam


Sementara beratur menunggu giliran utk cop pasport ke vietnam, sempat la posing2 jap.




Kenangan bersama Ketua Group, Hairani dan kakaknya


Setelah luggage semua diambil, berposing jap sementara menunggu untuk cari pengangkutan ke hotel.
Gambar ni Ehsan dari Siti from blog Sweet Mama. Thank u Siti

Tu dia pemilik gambar ni, yang pakai tudung warna biru tu. Lawa kan orgnya.

        We all sampai sana lebih kurang kul 12 tengahari. Dengan berpandukan nota2 otai,we all tercari2 kaunter teksi. Rupa2nya di depan pintu keluar tu je. We all guna teksi Vinasun 2 buah untuk memuatkan 7 orang. Kami ambil untuk pergi ke Hotel Saigon Pink 2 dan juga untuk balik nanti. Bayar dan terus bergerak ke Hotel.

Ini antara view yang sempat aku rakam sepanjang perjalanan dari Airport ke Hotel Saigon Pink 2.

Waktu ni baru je keluar dari tol Airport


Ini la dia teksi yang we all guna

Di Vietnam ni ada banyak Taman2 Awam yang bersih sangat. Rasa cam nak lepak je kat sini.


Lalulintas di Vietnam ni taklah se'macet' di Jakarta. Smooth je cuma jalanrayanya banyak dipenuhi dengan pelbagai jenis motosikal.




Antara kedai2 yang ada di sepanjang jalan dari Airport ke Hotel


Kat sini ada bulatan patung berkuda tapi aku gelarkan Dataran Pahlawan Versi Vietnam. Hehehe (suka2 je letak nama sendiri kan..)

Sampai di Hotel, masa untuk check in belum tiba so we all decided untuk ke Kedai Hajah Basiroh untuk memborong Telekung Sembahyang, Baju-baju ready made Bermanik dan Tudung. We all banyak memborong di sini.



Aku rasa dah jadi macam tokey kedai ni la pulak. Hehehe.. Pada pembaca blog yang ingin beli telekung sembahyang Vietnam silalah ke blog saya di http://butikdieha.blogspot.com. Murah-murah je..Jemput ya..


Tengok tu !!! Punya lah banyak baju Ready Made kat sini. Harga pun ok je. Lebih kurang USD20 atau RM60. Kat sini boleh guna matawang USD or RM. Kalau nak senang guna RM je..


Tu dia kawan2ku tengah sibuk bershopping sampai x sedar aku snap gambar diorang. Borong jangan tak borong wahai kawan-kawanku.


Pelbagai hasil jualan ada di sini. Ready duit je banyak2.


Sebelum beredar sempat la we all bergambar kenangan dengan pemilik kedai ni.

Masa untuk balik semula ke Hotel untuk Check in walaupun terlewat sikit. Tak sedar sungguh cepat masa berlalu kerana masing-masing terlampau seronok memilih barang.

Ha...Inilah hotel kami. Hotel Saigon Pink 2.


Ini pulak hotel kat sebelah Hotel Saigon Pink 2. That day ramai jugak pengunjung dari Malaysia stay kat sini. Aku tak sempat nak survey harga hotel ni.

Inilah deretan kedai berhadapan dengan Hotel Saigon Pink 2



Kedai makan Hajah Basiroh ni betul2 kat depan Hotel Saigon Pink 2. Senang nak makan bebe.
Sampai je di Hotel, perutku berkeroncong minta diisi. Waktu shopping tadi tak terasa laparnya, tapi bila dah siap shopping baru terasa. Hahaha. We all terus check in ke bilik masing2. Aku dan Shafa stay kat level 704. Masuk ke bilik untuk solat and then terus berkumpul di bilik Shima untuk makan. Menunya ialah Nasi Impit (Buatan Shima) + Sambal Ikan Bilis (Buatan Shafa) + Sambal Sardin (Buatan Siti) + Pelbagai Jenis Roti (From Azie). Aku pulak hanya bawak roti yang 70 sen tu je banyak2..Kenyang dan seronok sangat dapat makan berebut-rebut dalam keadaan lapar cam ni. Alhamdulillah n Thank U Allah atas nikmatMu.
Hasil tuaian pertama we all di Kedai Hajah Basiroh




Sempat lagi berposing dengan Shafa (teman sebilik) sementara menunggu kengkawan lain

Lepas makan, we all terus pi ke Ben Than Market. Dalam 10 minit je jalan kaki, terus sampai. Beware bila nak melintas ke Pasar tu sebab kenderaan especially motor datang dari pelbagai arah (360 darjah). Selalulah berdoa kepada Allah, InsyaAllah selamat dengan IzinNya.



Kalau nak tau, yang ada tanda love tu la Ben Than Market. Dekat je kan..X sempat berpeluh pun..

Ini antara view dalam Ben Than Market. Seronok berbelanja di sini cuma ada peristiwa yang tidak mungkin aku lupakan. Dah la suka-suka hati je makcik-makcik penjual ni belai muka aku..Dah tu kali pertama pulak aku dicabul oleh kaum sejenisku.Memandangkan we all 7 orang semuanya, so aku dan Siti jalan bersama. Sedang kami window shopping, tetiba je ada tangan yang raba kitaorang. Aku spontan terjerit dengan kuat. Subhanallah !!! Terkejut aku dibuatnya. Oleh itu kepada semua yang akan berkunjung ke sini berhati-hatilah ya.




Banyak barang yang dijual di Ben Than Market ni. Antaranya ialah pelbagai jenis kain Cotton, Souvinier, dress budak2 dan 1001 barang lagi. Bagi pengunjung yangtetiba terlebih muatan tu jangan risau sebab kat sini pun ada jual banyak beg bagasi. Just Prepare duit dan pandai-pandailah tawar. InsyaAllah dapat harga murah. Kat dalam Ben Than Market ni kebanyakan pekedai lagi suka kita guna USD but ada jugapeniaga yang terima Dong dan RM.

Antara jutaan kain cotton yang dijual di Ben Than Market


Kengkawanku tengah busy memilih kain cotton. Aku? hehehe tak beli pun..Bajet tak de..

Lebih kurang kul 6.00 petang, kami keluar dari Ben Than Market. Balik hantar barang kat Hotel and then terus pi cari Restoran Halal untuk makan. Kalau tak silap aku namanya Restoran Serai. Kena menapak melalui deretan kedai-kedai sebelum sampai ke situ. Untuk dinner aku makan Nasi Goreng Kampung je. Alhamdulillah not bad.
Antara deretan kedai yang dilalui sepanjang ke Restoran Serai


Dah siap makan, masing-masing x sabar nak ke Pasar Malam Ben Than.Happening tapi takla sehappening Wakaf Che Yeh, di Kelantan (Mentang2 la aku orang kelantan, hehehe). Kat sini sempat la sambar jubah untuk Mak, Fridge Magnet untuk kawan2 kat ofis dan Purse gadis Vietnam untuk teman2 rapat. Harga kena pandai tawar. Kalau boleh survey2 dululah harga barang yang nak dibeli sebelum membuat sebarang pembelian.




Memberku Siti sedang membeli belah.

Antara jubah pilihanku untuk Emak tersayang



Aku berminat nak beli souvinier ni tapi malangnya duit dah tinggal cikit..Takut tak cukup nak beli banyak lagi barang lain. So kreatif all this. I Love It !!! Teringat waktu aku pi Pasar Karat, Johor Bharu Last year dengan Teman.

Ini antara barang2 yang dibeli kat Pasar Malam Ben Than. Bila aku check semuanya untuk orang. Excited belikan untuk orang lain sampai lupa nak belikan untuk diri sendiri..Huhuhu..


Lebih kurang kul 11.30 malam, aku dan Siti balik ke Hotel. Di bilik Hotel aku sempat menyemak senarai list barang yang dah dibeli dan terus pack barang2 yang dah dibeli tadi so xde la aku terkocoh2 nak kemas besok. Kejap je dah nak balik..

Tengok handphone dah tinggal 2% bateri, tengok plug pulak lain macam, camne nak charge ni?? Syukurlah Hairani bawak Universal Adapternya, so dapatlah aku charge handphone aku ni. Yang best kat Hotel ni ialah ada wifi each level dan wifinya laju sangat. Senang la aku dan kawan2 update status di facebook dan whattsup each other. Jimat duit. Alhamdulillah. Akibat terlalu letih at last aku terlelap ntah kul brape.



8 JANUARI 2013 (SELASA)

Kul 8.30 we all berkumpul untuk breakfast di Bilik Shima lagi. Habiskan makanan semalam dan roti yang masih berbaki. Siap makan je we all terus bergegas ke Ben Than Market lagi. Aku dan Siti mencari barang2 di list yang masih belum dibeli. Duit dah banyak mengalir semalam so ada lagi sikit bajet untuk hari ini.

Today aku sempat membeli Kemeja Camel untuk Teman, Wallet untuk abang kandung, Baju t-shirt untuk 2 orang adik lelakiku dan at last ... kain Sutera Vietnam untuk diriku sendiri. Sewaktu aku packing barang semalam baru aku sedar yg muatan barangku dah termuntah dari beg, so today terpaksa la aku beli beg bimbit untuk menampungnya. Shopping punya shopping last2 baru teringat nak spare duit untuk di airport nanti. Yelah..manalah tau kot2 tersangkut di Kastam nanti. agak2 RM200 cukup tak?? Hmmm..Tawakkal aje la. InsyaAllah dengan izinNya aku selamat. Amin..

Kul 12.00 tengahari aku dan Siti terus bergegas ke Hotel memandangkan check out kul 1.00 petang. Lepas Check Out, beg2 kami dikumpulkan di lobi Hotel until kul 5.00 petang. (Thanks to pihak Hotel kerana tolong jaga beg2 kami ni). Waktu ni juga sempatlah kami timbang beg masing2 guna penimbang Hotel. Alhamdulillah aku punya beg masih ada kurangan lagi. Hehehe...Inilah masa untuk tambah muatan lagi.


Lunch today we all makan je kat Kedai Hajah Basiroh (betul2 depan Hotel Saigon Pink 2 ni). Menunya ayam kari + ayam goreng / Ikan goreng + sayur campur + sambal belacan + tempoyak + kopi Vietnam ais (2 gelas). Alhamdulillah sedap sangat, rasa cam kat Malaysia. Harga aku makan untuk lunch ni lebih kurang RM13 je. Kat sini memang dia terima RM. Senang sangat.

Kalau nak beli air mineral murah pulak, boleh beli kat kedai ni.. Ala2 7 eleven di Malaysia tapi versi Vietnam. Kalau kat kedai Hajah Basiroh tu RM2 tapi kat sini baru RM1 je..tapi kena guna matawang Dong sebab dia tak terima RM..


Siap je makan, masing2 berpecah menuju ke destinasi pilihan sendiri. Aku dan Siti masih setia bersama. We all berjanji akan berkumpul semula di lobi hotel jam 5 petang untuk ke airport memandangkan flight kami kul 8.50 malam.


Kat sebelah aku aku dan Siti ni la owner kedai kain cotton ni. Dia ni suka sangat belai muka aku. Ishhh...

Aku dan Siti berjalan2 di kedai sekitar Hotel dan ke Ben Than Market lagi, Siti nak cari dress untuk anak buahnya dan beg deuter untuk husbandnya. Aku pulak sempat la sambar sepasang jubah lagi untuk Emakku kerana berkenan dengan design dan warnanya yang sangat cantik.

Jam lima petang, van untuk membawa kami ke airport sampai depan hotel. (Thanks Hotel, sebab tlg call teksi ni).

Sempat berposing depan Hotel sebelum berlepas ke Airport


Hmm..tengoklah beg2 we all tu. Semua beg dah beranak pinak. Hehehe

Kami selamat sampai ke Airport, lepak2 di airport sementara menunggu kaunter dibuka. Alhamdulillah semua muatan tidak terlebih. Kul 11.30 malam we all selamat sampai di Tanahair. Ambil luggage and then terus balik ke rumah masing2.

Secara kesimpulan this short vacation tak lah terasa penat bagiku kerana Alhamdulillah, dengan pengambilan pelbagai jenis herba dalaman aku mampu bekerja keesokkan harinya lagi. Ingin dapatkan herba dalaman yang aku jual? Sila buat pilihan anda di blog aku ni di http://katalogonlinedieha.blogspot.com dan juga di http://puterimanja.blogspot.com.

But remember ya, kita hanya mampu berusaha dan bertawakal Allah jua yang menentukan segalanya.

InsyaAllah dengan izinNya aku akan ke Vietnam lagi dengan Mak dan Kakakku. Semoga aku dapat memenuhi impian mereka untuk menjejakkan kaki ke bumi Vietnam ini. Ya Allah, Engkaulah yang Maha Mengetahui Segalanya dan permudahkanlah segalanya bagiku.. Amin


Selamat Jalan Vietnam. See u again next time.