Sabtu, 5 Januari 2013

HADIAH HARI LAHIRKU UNTUK TAHUN 2012

Alhamdulillah, 23hb Disember lepas aku telah menyambut hari lahirku yang ke xx..hehehe rahsia. Yg paling bestnya ialah apa lagi kalau bukan hadiahhh !!! Best sangat. Walaupun 'orang' kat umah ni tak bagi apa2 hadiah pun termasuklah x wish apa2, at least ada orang lain yang masih sudi memberiku hadiah termasuklah anak2 ku.

Nak tengok apa hadiah yang ku dapat? Jeng,jeng,jeng...kat bawah ni...


Yang peliknya...tiap kali hatiku teringinkan sesuatu, tetiba je aku akan dapat.. Alhamdulillah..Macam tau2 je aku tengah berkira-kira nak cari jam yang 'Vogue'. Tambahan pula aku memang pengumpul jam,handbag dan kasut. Beg gold pulak ownernya minta untuk aku isikan semua jewelleryku dalamnya, tapi sayanggg sangat nak guna..hehehe..Cantik la jam dan beg ni!!!

Macam Tahun 2011 pula, waktu tu demam Samsung Galaxy Note tengah menyerang. Tup tup dengan pertolongannya seseorang dapatlah juga aku memilikinya. Teramatlah gembiranya sampai tak terkata. Hadiah yang amat bermakna.

Tahun 2010, waktu itu aku berangan-angan nak dapatkan sebuah kamera digital. and then for my birthday aku telah menerima kamera digital Sony berwarna merah (My favourite colour). Melompat-lompat kegembiraan waktu tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan