Rabu, 27 Oktober 2010

SOLAT DHUHA - PEMURAH REZEKI

Muqaddimah:

Dhuha bermaksud pagi. Secara mudah ceritanya, batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam.





Rasulullah s.a.w. menjelaskan:

“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”

Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru itu, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah sedikit lesu bekerja.


Cara melaksanakannya:

Solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah Al-Syams pada Rakaat Pertama dan Al-Dhuha pada Rakaat Kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Berikut adalah doa solat selepas Dhuha yang lazimnya di baca:



Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti boleh la lakukan 4, 6 atau 8 rakaat dan sehingga 12 rakaat.

Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang. Semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA..
TIP JIMAT CERMAT

Salah satu amalan orang yang BIJAK KEWANGAN adalah:


"SPEND less than what you EARN"

Berikut adalah tips-tips yang boleh di guna pakai:

Kurangkan makan luar dengan keluarga, makan di rumah!

Bawa bekal dari rumah ke pejabat

Baca akhbar melalui Internet dan tidak lagi membeli

Daripada keluar menonton wayang, tonton di rumah melalui dvd

Bayar bil secara online- tidak perlu keluar rumah

Car pool - bergilir-gilir kereta dengan rakan pejabat dan jimatkan petrol

Tidak perlu membeli majalah, dapatkan maklumat online

Kurangkan ke complex membeli belah, tetapi beriadah bersama keluarga di taman

Beli kereta terpakai yang masih baik

Ubah lampu di rumah anda menggunakan lampu kos kuasa rendah (energy saving)

PETUA MURAH REZEKI

PETUA MURAH REZEKI

1. Untuk murah rezeki, setiap pagi, petang, siang, malam say: THANK YOU ALLAH!

2. Buat apa yang kita MINAT. Buat apa yang kita CINTA. Kalau kita lakukan sesuatu kerana minat dan cinta (passion) kita tak akan rasa penat, bosan dan letih. Kerja siang malam pun kita rasa best. Tidur pun excited nak bangun sebab nak buat kerja. masa buat kerja, tak rasa pun masa berlalu!

3. Sekiranya segalanya TIDAK SEPERTI KITA MAHU, atau ditimpa malang, atau masalah yang besar, atau berada di dalam satu krisis, berhenti sebentar dan yakin pada diri sendiri bahawa segala-galanya ada HIKMAH nya. Dalam apa pun keadaan yang sukar, pastinya ada penyelesaiannya dan seringkali kita akan menjadi INSAN YANG LEBIH KUAT & HEBAT selepas melalui kesukaran tersebut!

4. Untuk BERJAYA, kita perlu melatih minda kita untuk MELIHAT PELUANG yang ada di sekeliling kita. Untuk GAGAL, kita perlu melihat halangan-halangan yang ada di depan kita!

5. Kita akan jadi seperti orang yang disekeliling kita. Jika kita hendak berjaya, berkawan dengan orang-orang berminda positif. Jika kita hendak gagal, berkawan dengan orang-orang berminda negatif. Hadis pun ada menyebut umpama berteman pembawa minyak wangi, kita akan rasa harumannya. Bertemankan tukang besi, akan terkena
RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58


Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.
RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58


Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.
PETUA KESIHATAN

"Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wallahualam. .



Sama2lah kita mengamalkannya. ......
Masa Kerja, Buatlah Kerja Bukan Buat Yang Bukan Kerja

Malas adalah penyakit orang yang bekerja. Terutama pada waktu tengahari selepas waktu makan, atau waktu lunch orang ofis kata, time itulah malas mula menyerang.

Pepatah Melayu lama ada sebut, tegang urat perut, kendur urat mata. Bila perut dah kenyang, tangki dah penuh, mata akan mula jadi mengantuk. Bukan mengantuk yang ala kadar, ni kaw-kaw punya punya mengantuk. Dahsyat gile! Macam nak ingat bantal, terbayang enaknya tidur di depan mata.

Penyakit halus kebanyakan pekerja yang sedang bekerja adalah malas. Masa bekerja, mereka buat kerja yang bukan kerja mereka. Tolong siapkan kerja kawan (sebab kerja sendiri dah siap) itu tak apa, sikap cemerlang, bagus dan hebat sekali. Jarang orang bekerja ada sikap camtu.

tapi, cemana pulak kalo dia buat kerja yang bukan kerja dia? Misalnya, tugas dia jadi receptionist. Time tak ada tetamu datang, dia berchat guna line internet ofis, dia menyanyi-nyayi ikut lagu dalam video YouTube, dia baca kisah-kisah cinta dalam laman web cerita pasal cinta. Kekadang layan drama online kat Gua.com.my

Ada tak orang camni? Ada. Memang ada. Wujud dan bernyawa! Sebab apa dia camtu? Sebab dia malas buat kerja yang sebenarnya bersangkut paut dengan kerja dia walhal itu adalah masa kerja dia. Pendek kata, masa kerja, buatlah kerja yang dah memang kerja kita atau kerja-kerja yang bersangkut paut dengannya.

Bila Anda malas bekerja, itu maknanya rezeki Anda kurang halal, sebab Anda melakukan perkara yang Anda tak dibayar, dilakukan tanpa pengetahuan dan izin daripada majikan Anda.
Otak Lelaki Vs Perempuan: Memahami Struktur Otak

Untuk pengetahuan pembaca, walaupun kita (lelaki
dan perempuan) adalah dari kejadian yang sama, namun, dalam banyak
perkara kita adalah berbeza. Perbezaan ini terjadi disebabkan oleh
struktur bina otak lelaki dan perempuan yang berbeza, hormon-hormon
yang dirembeskan di dalam badan lelaki dan perempuan adalah berbeza.
Kesannya, cara kelakuan dan tindakbalas lelaki dan perempuan adalah
berbeza. Perempuan berfikir dan melakukan aktiviti kegemarannya dengan
cara berbeza dengan lelaki. Seringkali kita berbalah atau bertengkar
sesama sendiri dan kita menjangkakan pasangan kita seharusnya melakukan
sesuatu sepertimana yang kita lakukan.

Tidak percaya? Cuba fikirkan contoh berikut.

[1] Lelaki yang menonton TV (terutamanya rancangan kegemaran seperti bolasepak) dan dipanggil oleh isterinya. Lelaki tersebut tidak mendengar dan tidak mengendahkan panggilan isterinya. Isteri pun mula naik marah kerana suami atau pasangan tidak mendengar!

[2] Seorang perempuan sedang berbual dengan rakan di hadapan televisyen, masih mendengar orang mengumpat tentang dirinya.

[3] Lelaki mampu membaca peta dan dengan mudah menggambarkan
perjalanannya.

[4] Perempuan agak sukar membaca peta, kecuali anda memberi kepadanya peta 3D (3 dimensi) seperti ada gambaran pokok,bangunan dan sebagainya.

[5] Beberapa orang perempuan yang duduk semeja, semua atau majoriti bercakap, berbincang tetapi semuanya faham dan mendengar sambil bercakap. Tetapi situasi ini tidak mampu dilakukan oleh lelaki. Adakah semua ini kebetulan? Atau... entahlah? Tidak lain,tidak bukan disebabkan struktur bina dan hormon yang berbeza.

Di bawah adalah gambarajah otak manusia.

Seperti yang semua sedia maklum bahawa otak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Dalam tahun 1962, Roger Sperry memenangi Hadiah Nobel bagi usaha mengenal pasti otak manusia yang mempunyai 2 bahagian iaitu otak kiri & otak kanan.

Otak kiri berfungsi bagi aktiviti berikut:

–Logik
–Bahasa,
–Perkataan,
–Mengumpul maklumat dari penglihatan
- Mengawal bahagian kanan badan

Manakala, otak kanan melakukan tugas:
–Kreativiti
–Mengawal bahagian kiri badan

Orang yang cenderung menggunakan tangan kiri (kidal) – lebih banyak
menggunakan otak kanan. Contoh orang yang menggunakan tangan kiri ialah Albert Einstein, Leornardo Da Vinci, Picasso, Lewis Carrol, Greta Garbo, dll

Dari aspek binaan otak pula, otak kiri dan kanan dihubungkan oleh gentian saraf yang dikenali sebagai ‘Corpus Collosum’. Amat menakjubkan apabila para saintis menemui bukti bahawa perempuan mempunyai 30% lebih saraf Corpus Collosum berbanding lelaki. Saraf ini membolehkan kedua-dua belah otak berkomunikasi dan bertukar maklumat. Apakah implikasinya?
Corpus Collosum adalah seumpama highway. Jika highway besar atau luas,
maka, banyak kereta boleh melaluinya dan dengan kelajuan yang lebih.
Ini bererti 'highway' di dalam otak perempuan adalah lebin besar
berbanding lelaki. Maka, banyak perkara yang perempuan lakukan adalah
berbeza berbanding lelaki. Juga, saiz otak perempuan adalah lebih kecil berbanding lelaki, di mana perempuan mempunyai sel-sel otak yang kurang iaitu sebanyak 4 billion sel berbanding lelaki. Itulah sebabnya apabila perempuan marah, beliau tidak senang duduk, jantung mengepam darah laju dan perkataan yang dihamburkan dengan banyaknya. Ini adalah disebabkan aliran darah yang pantas disebabkan saiz otak yang lebih kecil dan perhubungan yang lebih di antara sel-sel otak. Manakala, lelaki tidak mampu melakukan pelbagai perkara serentak kerana saraf yang tidak sebanyak perempuan. Lelaki hanya mampu melakukan satu perkara pada satu masa sepertimana yang saya nyatakan di atas. Lelaki yang menonton TV tidak mendengar panggilan isterinya. Perempuan pula mampu melakukan pelbagai perkara pada satu masa disebabkan Corpus Collosum yang lebih tebal.

Bilangan perempuan yang kidal adalah lebin dari lelaki. Secara keseluruhannya,90% manusia cenderung menggunakan tangan kanan. Manakala, kebanyakan lelaki menggunakan tangan kanan. Tangan kanan perlu tepat dalam melempar pada objek bergerak kerana secara kejadiannya, lelaki dijadikan untuk menjadi ketua keluarga yang keluar rumah untuk mencari nafkah seperti berburu. Tangan kiri lelaki tidak sebaik tangan kanan dan jika lelaki menyerang lebih dari 90% pergerakan dilakukan oleh bahagian kanan badan.

Untuk pengetahuan pembaca, selain struktur otak, hormon memainkan peranan di dalam penentuan sikap perempuan.
Salam semua.

Saya nak kongsi 1 petua dengan anda.

Petua ni saya dapat hasil daripada pembacaan saya semasa berada di kampung. Petuanya ialah petua bagaimana untuk mengurangkan masalah angin dalam badan. Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah.

Saidina Ali berkata ;"Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap."

Epal berkhasiat membuang angin dalam badan.

Haaa, mudah saja petua Saidini Ali ni kan.

Apa yang perlu anda buat ialah,



1. Cium atau hidu lah bau epal.


2. Kemudian, makanlah epal tersebut.


* Pastikan anda hidu atau cium dulu bau epal sebelum makan. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah.
Salam semua.

Saya nak kongsi 1 petua dengan anda.
Petua ni saya dapat hasil daripada pembacaan saya semasa berada di kampung. Petuanya ialah petua bagaimana untuk mengurangkan masalah angin dalam badan. Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah.
Saidina Ali berkata ;"Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap."
Epal berkhasiat membuang angin dalam badan.
Haaa, mudah saja petua Saidini Ali ni kan.
Apa yang perlu anda buat ialah,
1. Cium atau hidu lah bau epal.
2. Kemudian, makanlah epal tersebut.
* Pastikan anda hidu atau cium dulu bau epal sebelum makan. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah.

Jumaat, 22 Oktober 2010


Proton Inspira Book Yours Now Here!




Proton Inspira open for booking now here! Iya, Proton Inspira boleh ditempah sekarang dengan harga RM1,000 sahaja. Mesti ramai nantikan proton model baru ni kan? saya pun geram..tapi sekarang dah puas hati dengan Gen 2 yang ada. Tapi nampaknya Proton masih sorokkan identiti sebenar proton inspira ni. Harga bermula dari RM79,888 OTR untuk 1.8 bertransmisi manual dan paling tinggi pun untuk Hi-Line mungkin kurang dari RM95,000.. Berminat? Tempah sekarang! nanti lambat proton inspira ni sampai depan pintu rumah anda.


It will be launch by our Prime Minister, Dato’ Seri Najib Tun Razak by this November. Book yours now. Price start from RM79,888 OTR for the 1.8 manual and not more than RM95,000 for hi-line model. All price will be announced on launching ceremony.



So macamana? memang lawa model ni sebab kerjasama dengan Mitsubishi tu..memang hampir dengan design Lancer..nanti ramailah tertukar Mitsubishi Lancer dengan Proton Inspira ni..hehe..Kalu minat, baik tempah sekarang. nanti lambat pulak boleh tunjuk kat jiran2 lancer baru tu nanti..hehe. Dengan enjin 1.8 tu, cukup powerful rasanya.

Hmm..Rasanya laku kereta ni kat oversea nanti.Harap2 makin majulah syarikat Proton sebab Proton je syarikat automotif Malaysia yang betul2 hak Malaysia, kehebatan lotus-proton rasanya akan makin membanggakan rakyat Malaysia. yang lain dah campur-campur.. OK


Khamis, 7 Oktober 2010

KATA-KATA HIKMAH

1) Paksa Diri Bukan Manjakan Diri Jika Mahu Berjaya

- Suka atau tidak suka, Asalkan sesuatu perkara itu penting, kita mesti lakukan.
- Untuk memastikan kejayaan kita mesti paksa diri sendiri melakukan sesuatu kerja sama ada kita suka atau tidak suka kerja berkenaan.
Jika kita manjakan diri dan memilih kerja-kerja tertentu, maka sampai bila pun kita tidak akan berjaya.

2) KEGAGALAN memang tidak dapat dielakkan.... ia satu keperluan...sesuatu yang berguna...satu cara untuk lebih BERJAYA....

3) LIFE is like riding a bicycle.... You do not fall off unless you stop pedalling